02 January 2010

it's happen again...

2009 telah melabuhkan tirai. Kini 2010 pula muncul. Diam tak diam, pejam tak pejam sekejap saja masa berlalu. 2009 diakhiri dengan deraian gelak tawa dan menjawab kuiz-kuiz lagho di Facebook yang berbunyi kebodohan bersama-sama anak-anak bujang En Mohd Zainal Abidin dan Pn Siti Halijah@ Habibah. Nasib hari ni takde Pontianak menjerit-jerit lagi. Hehe. Kalau tidak mahu kami semua terpaksa pejam kan mata yang tak rela untuk ditutup. Penat bergelak tawa, perut mula terasa lapar. Perut meminta untuk diisi. Ah, begitukah kelazimannya???

Tahun berganti, usia makin memendek. Umur semakin tua. Tapi perangai masih keanak- anakkan. Ingat nak bangun awal tolong mak jahitkan baju si Amir yang gemok, tapi terlajak pula. Sedar-sedar matahari da atas kepala. Basuh muka gosok gigi, terus start enjin kereta nak ambil kakak aku kat bus stop. ( sebenarnya masih tak berani nak drive kereta, lagi seorang diri ni. Tapi buat-buat berani juga la. Apa guna ada lessen kalau tak boleh bawa. Betul tak? Heee…) yang lawaknya keluar tak bawa hp. Apelah sengal. Stop. Malas nak cita pasal ni.
Tahun baru diteruskan lagi dengan bermain game bersama Aiman. Nota bergunung dibawa balik. Tapi sentuh pun tidak. Bukan setakat sentuh, jeling pun belum sempat lagi. Sedarlah wahai diri. Tahun ni nak exam Professional. Haish!

31 December 2009

MARI BELAjar

I’m home. Pagi ni buka mata je da selamat sampai di bumi Johor tercinta, meninggalkan sebentar dunia Kelantan jauh dari pandangan mata. Sekali lagi percutian sendirian berhad yang panjang. Hehe
Belum sempat ku jejak kaki ke halaman rumah, sudah terlihat kelibah emak dan adik bongsuku Amir tercegat di pintu rumah. Amir tak segemuk yang aku bayangkan.
Usai bersarapan aku menonton tv bersama Amir. Amir busuk la sekarang. Pergi mandi sana. Makin dia mengendeng-ngendeng adelah. Dicubit-cubit aku pula. Haish, budak kecik ni…

Aku: Amir ni apesal suka sangat cubit Nana sekarang?
Amir: Nana kurus, Amir nak kasi Nana jadi gemuk macam Amir.
Aku: Haha. Kata Nana da gemuk.

***
Selesai mandi aku kembali turun ke bawah. Mahu makan lagi. Perut da terasa lapar. Hehe
Kakak aku da menjerit-jerit memanggil adik-adik dia. Time to study.Aku dan Jemi je yang bebas dari bahana pekikkan cikgu tuisyen yang garang nih.

Aku: Jemi, aku dulu habis PMR aku buat lagi tau soalan-soalan Math. (sebenarnya nak halau dia belajar gak.hehe)
Jemi: Soalnye aku bukan kau.
Aku: Bongek, aku yang terkena balik.
Aku: Mak ,mak kutip kat mana cikgu tuisyen ni? Garang gila.
Mak: Mak tak kutip pun, datang sendiri…
 
*** berderai aku dan Jemi gelak.

Amir: Mak, ambilkan nasi. Amir tak sampai. Panjang sanggat.
Aku: Ape ke lawak la Amir ni. Tinggi kata panjang.
Ida: Time ni aku suruh ko belajar, time ni la ko nk makan. Cepat sikit makan!
Ko makan nasi tu sebutir-butir siap ko. NO FUNFAIR!
Aku: bagus gak tu Amir. Sampai petang tak siap makan lagi.Haha dengar tu Amir No fun…
Lin: Hahaa..
Ida: Ah, ko pun sama. Belajar.myspace je kerjenya.
 
*** malas da nk type. Panjang sangat. Ditambah pula dengan cikgu tuisyen yang kuat mencarut ni. Hahaha. Nak bagi ikan-ikan aku makan lak. Da kelaparan da ikan-ikan tu. Sambil-sambil tu aku mencelah adik-adik yang amat liat nak menghafal sifir dan membuat tafsiran atas keliatan dorang menghafal sifir. Cikgu tuisyen free yang garang tu pun sempat je nak mengutuk tafsiran mengarut aku. Redha je la.
Amir da buat muka miang ngantuk dia. Baru hafal sifir sikit je da terasa bangga lebih. ISH3.

25 December 2009

Merepek!

2.15 petang. Baru saja bangun dari tidurku setelah dikejutkan oleh bunyi mesej dari mak. Nak buka mesej pun rasa macam tak larat.
 
“ Nana ni keputusan adik kesayangan nana 5C 2B 1D cantik kan “
Haha.hebat la juga sebab takde E. anyway congrates boy. Orang “rajin” belajar memang macam tu la result dia. Lalu aku bingkas bangun dari katil untuk mencuci muka. Mana aku campak handphone td eh? Terus 3G mak.

Mak: takde kelas ke? 
Aku: Ala mak biasa la hari Khamis ni. Lebih-lebih kelas dental pukul 8.00 - 10.00 je..
 
serius pagi tadi penat gila buat root planning. Da 2 minggu buat baru doctor approve.

Aku: orang baru bangun tidur la mak. Senggugut. Hehe
Mak: Makan la panadol..
tetibe akak aku yang sewel mencelah. Ko makan sebiji dulu. Agak-agak tak ok lagi ko telan lagi sebiji. Tak tau la doctor mane yang prescribe dosage ubat camtu kat die. Sah sewel.
Mak: Ni da makan belum?
Aku: hehee.. orang tak rasa lapar la.(itu je mampu aku jawab.)
Mak: Kan ada gastric. Da ok ke? tak lapar pun makan.
Aku: Hehe.. (hanya mampu senyum-senyum kambing.)

Period pain tadi buat aku langsung tak rasa nak makan. Terasa nak baca note atas katil. Dan berakhir dengan tidur. Biasalah kalau da baca nota atas katil tu. Syok tu tidur. Selepas 3G dengan mak, 3G dengan Amir lak. Merepek-repek je 3G dengan Amir ni. Cakap kurang, expression lebih. Sebab kemalasan melayan Amir telah melanda aku pun mematikan panggilan.

Oh! Baju selonggok tak lipat lagi. Malasnya. Malam ni nak gerak pergi Seremban pula. Sun burn kat Terengganu tak hilang lagi, tambah lagi sun burn.adoi la. Takpela, baik makan dulu then boleh telan panadol. selesai makan, ah ini pula yang aku hadap. Teringat lama da tak menulis. Hehe. At least dapat kurangkan sikit beban kat kepala ni. Sambil menikmati milo panas dan lagu Hijau Daun. Bertukar arah setelah beberapa hari ni asyik layan lagu Whitney Hustan & Celion Dion. Ah! The feeling is just in the air. hahaa Teringat orang jauh.
Actually aku baru je balik dari Terengganu. Lepas majlis Penutupan SIPTAR ( Sukan IPT Pantai Timur) isnin petang kitorag terus gerak balik USM. Really enjoy our day there. Paling bes, kitorang dapat gold medal. And next game will be SUKAD and lastly InsyaALLAH MASUM lak. Ok, got to go. Kain selonggok da memanggil-manggil untuk dilipat. 

 
Bersama coach kitorang, Miss Gan. (mase ni aku nmpk mcm tak burn la plak ye. prasan je.)

Gambo ulat gonggok. Nasib orang belah kanan landing macam tu, xnampak la kami ni macam rendah sgt.heehe

13 December 2009

silently dying...

Ibarat kompas yang rosak, utaranya ada di mana-mana.

07 December 2009

sangkar pelangi...

Aku yang tersepit di sangkar pelangi
Masih jauh perjalanan
Masih panjang langkah yang harus kuturut
Tapi terhenti kaku buntu
It’s time to face the truth. It’s just a flesh wound, but it still may sting just a bit. Apply a few bandages and hope things will heal quickly and won’t leave a scar.

02 December 2009

situasi itu...

Terkadang situasi membawa aku berfikir, alangkah baiknya kalau semua orang memahami apa yang aku rasa. Tidak perlu wujud kecelaruan rasa. Tidak perlu timbul segala rasa meredam jiwa. Tapi saat aku memandang jauh ke luar jendela, ia buat aku berfikir. Apakah pantas aku mengharapkan itu. Adakah aku cukup paham sifat mereka. Apakah aku cukup arif dengan apa mereka pikirkan. Nanti mereka pula bilang, aku hanya pentingkan diri. Nah ambil kau. Terlalu kemas dalam semua hal. Jika itu yang aku pinta, maka tidak pernah wujud permasalah ini.
Disana, dia bilang itu dan ini. Disini, dia pula bilang itu dan ini. Tidak cukupkah kamu. Saling merosakkan nama antara satu sama lain. Aku penat. Menjadi tugu pendengaran. Apakah kau fikir aku tak punya rasa. Atau aku sekadar bahan. Tapi yang sering aku lihat, itulah. Itulah sebab kewujudan aku diantara dua itu.
Oh. Andai saja aku punya kuasa, mahu kubisukan kedua-duanya. Mahu kupekakkan kamu. Kejamkah aku? Seantero dunia pun bias tahu bila kamu masih tegar mahu begitu. Lantas tidak mahu berubah,aku yang terus tersepit.

01 December 2009

Hilang...

Keadaan berubah.
Masa berubah.
Begitu juga manusia, mereka berubah.
Dan akan terus berubah dan berubah.
Mungkin kepada yang lebih baik atau pun sebaliknya.

Pastinya ada insan lain yang menyukai perubahan itu,
dan tidak kurang yang jijik melihat perubahan itu.
Kerana itulah lumrahnya. Sebuah kehidupan.
 
Adakala terasa hidup seperti layang-layang
yang terputus talinya.
Melayang tanpa haluan.
Hanya mengharapkan sang angin
memandu arah tanpa diketahui destinasinya.
 
Sama ibarat sebuah pelayaran
tanpa bintang dilangit.
Sesat di lautan luas biru tanpa noktah.
Kesudahannya hanya Dia yang lebih berhak.

Aku yang lemas.
Apakah pegakhirannya.
Buntu memikirkan.
Biar saja ia sampai akhir waktuku?

16 September 2009

Erti sebuah kesabaran

Lama rasanya tak bertandang ke blog ni. Sepi seketika. Bukanlah bermakna membawa hati. Topic pilihan hari ini adalah sabar. Suatu topic yang menarik untuk diulas. Sabar… mudah kan mengungkap. Tapi, cuba kita renungkan sebentar berapa ramai dikalangan kita yang benar-benar boleh sabar dengan suatu perkara. Payah bukan.
Kita lihat pada maksud sabar itu sendiri, menahan diri ketika mengalami penderitaan, musibah, keadaan yang tidak diingini dan kegagalan. Besar bukan maksudnya. Menahan diri.
Dari sebuah artikel yang aku baca, sabar dari sudut agama dibahagikan kepada 3 bahagian. Pertama, menahan diri daripada perkara disukai,tetapidilarang oleh agama. (rasanya ni yang paling sukar untuk kita semua buat kan) Kedua, menahan diri daripada perkara yang di benci lebih-lebih lagi apabila ditimpa musibah atau kesusahan. Ketiga pula, melakuka perintah Allah(macam dalam bulan Ramadhan ni)

Tapi, fahamlah jika kita katakana kesabaran manusia itu ada batasnya. Acap kali dugaan datang menduga, meruntuhkan benteng kesabaran. Saat ini mungkin kita sudah tidak mampu menahan diri lagi. Setidak-tidaknya kita perlu ingat dugaan yang datang bukan sengaja diberi. Semuanya bersebab. Tapi, kalau dengan perkara sekecil zarah pun kita tak mampu bersabar, apatah lagi kalau dugaan besar yang melanda.

Menarik bukan. Jika kita renung sejenak semuanya melibatkan menahan diri. Terutamanya nafsu. Islam sendiri menuntut kita untuk bersabar. Banyak kebaikkan yang kita peroleh jika kita bersabar. Jadi dalam bulan Ramadhan yang masih berbaki ni, sama-sama kita melatih diri untuk bersabar. Sesungguhnya balasan kesabaran itu indah sekali bagi mereka yang tahu menilainya. Allah pasti akan menggantikan sabar itu dengan suatu yang lebih baik, yang kita sendiri tak jangka.

Sekali lagi buat aku teringat pada kata emak suatu masa dulu.
“mungkin Allah sedang merancang sesuatu yang lebih indah dihadapan”
Semoga kita semua dikategorikan dalam golongan yang bersabar. ;)

05 August 2009

Life as "S"

Sekejap je masa berlalu. Hari tu dok mengira hari je, nak balik. Nak balik.
Tapi biasa la, kalau nak balik je mesti menempuh satu masa yang sukar dulu… ni takde exam,kene buat program. Alhamdulillah, rasanya semua keperluan da hampir siap. Tinggal berangkat ke destinasi program je untuk set up tempat.
Harap-harap program tu berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan ramai. Have to go through very tired period nak buat preparation ni. Lagi la dengan manusia macam aku ni yang memang tak suka nak handle benda-benda macam ni. Lepas tu ditambah dengan clashing dengan macam-macam program lagi which mostly involve kitorang punye group member yang lain.
 
Terngiang-ngiang lak ayat doktor, ni la business kitorang beberapa tahun akan datang. Mempromosi kesihatan oral. Kalaulah nanti kerja pun kene set up program macam ni, adui…sengsara hidup sekejap.
Even rasa happy nak balik, tapi ada la sikit unsur-unsur berbaur sedih. This year tak dapat join game netball MILO kat Penang. Tambah pula masuk 2 category. Da lah mostly player nak grad da, tak tahu la bila nak dapat peluang main sama-sama. This team is the best team I ever played with, and very enjoyable to play and hanging around with them. Semua pula tu jenis satu kepala. Memandangkan induk cakap nak jadikan kampus kitorang sebagai centralized untuk team netball university, harap nanti dapat la main sama-sama untuk MASUM. Harap korang semua dapat meneruskan perjuangan. Kekalkan tahap kita sebagai team yang digeruni.(poyo gila ayat)
Selalu training dengan team budak laki satu jam larat, takkan main 2 category pancit kot. Hehee..
 
Don’t worry, aku akan ikut perkembangan korang nanti. Jangan la korang wat muka sedih, dengan Miss Gan sekali pula tu. Lagi buat aku rasa serba salah je. Ikutkan kata hati ni I’ll choose to play the game. Tapi apa kan daya, aku ni “S” je… silap-silap kena bar exam lagi masalah nanti.
“S” stand for student. Apa orang atas cakap kena dengar je la. ~ ayat skema technologist prostho.
3 “orang tua” da grad tahun lepas… tapi, still diingati kerana kekocahan mereka yang melampau. hahaa.

31 July 2009

Tahniah ye...

Entri kali ini adalah khas buat adek yang kecoh. Tak sah kalau tak panggil aku “ makcik yang gumuk”. Sedangkan aku langsung tak gemuk. Aku sedar… mungkin dia nak kata aku adalah akak dia yang comel. Ahahahaa.
Dua hari lepas call ko pun tak teringat langsung pasal ni. Wal hal aritu mak asyik dok sebut je pasal ni. 

Anyway, congratulation on that award. “PINGAT GANGSA – Anugerah Remaja Harapan” Sangat berbangga. Walaupun aku selalu kutuk ko poyo bercita-cita nak jadi PM kan. Keep it up boy! ( Mesti Han terharu gila kan, tapi aku tahu sebagai adik yang ego dia takkan tunjukkan yang dia sedang terharu.) Harap benar-benar menjadi remaja harapan, bukan sahaja pada komuniti, tapi pada keluarga. INSYAALLAH. ;)
Buat akak, sorry for that day. Didn’t mean to hurt you. Hope the operation will go smoothly & you’ll be fine after all.
even gambar ni gelap, cam tak bes je. tapi ni la gambar beramai-ramai yang ditangkap dengan penuh haru biru.. kacau bilau betul.

ade ke patut muka aku tak masuk dalam gambar. akak sengaja nak sabotaj aku nih…