30 April 2009

aku & sesuatu

Again. I’m here. Baru lepas tutup buku. Kepenatan.Doctor selalu pesan “ kalau da penat mengadap buku, tengok frasaco yang da diberi tu. Telek setiap gigi tu. Tengok, bezakan ciri-ciri setiap gigi. Faham? “
 
*** sekadar menyengih tanpa menjawap sepatah ayat.
Rasanye, I’m not going to do that n I’ll not. Haha. Degil sungguh budak ni.
Yela, doctor nanti sampai seru saya buat apa yang doctor sarankan tu.ehehe

Seperti yang telah dijanjikan. Aku nak berkongsi cerita keadaan first time aku sit exam untuk add math. Lagi best yang ni. Cikgu siap buat announcement.
“kepada semua student Form 4 & 5 yang masih belum menduduki peperiksaan ADD MATH, sila pergi ke Jabatan Matematik pukul … bla.bla.bla.”
Haha. Sit exam dekat jabatan MATH ye. Semua kroni-kroni aku ada la ye. Mahluk itu pun ada.(yang ini rahsia, tak boleh cerita lebih-lebih)

Di Jabatan Matematik
“ saya tak nak yang Form 4 duduk sebelah-sebelah. Selang seli dengan Form 5.”
Alamak duduk sebelah Kambing ke. Desus aku, dalam hati je la.
“ Kambing ” nama gelaran yang aku berikan pada senior aku. Aku bagi name tu sebab dia suka nak bela janggut dia tu. Ingat hensem sangat kot. Sebiji macam kambing la..
Sehinggakan member aku yang lain pun ikut panggil kambing. Tapi, dia tak pernah tau kitorang panggil die kambing, unless PIQA yang beritahu.
 
Ya Allah, nakal sungguh aku ye. Tak baik panggil dia macam tu. Dia pun ciptaan Allah. Bila la nak dapat peluang minta maaf kat die ye. huhu
*PIQA adalah roomate aku yang kecoh tapi baik hati. Dia pun ada same, sit exam petang tu.
“Ok, boleh mula sekarang. Jangan ada yang cuba meniru”

Cikgu dengan bangganya melangkahkan kaki keluar dari Jabatan tu. Tak nak student meniru, tapi bukan nak mengawasi student. Aiyo!bijak sungguh cikgu ni.
Yeay!! Cikgu takde. Aku tak heran pun cikgu ada ke tak sebenarnya. Aku terus jawab dan menjawab.

Tiba-tiba PIQA denga selamba badak tanya aku jawapan. CET!Ko ingat ni apa.
Agama islam nak bagi jawapan macam tu. Ke ko nak final answer without jalan kerja.
*** aku tak berani nak bagi sebenarnya. Takut jadi cam paper Bio.haha
PIQA dengan lebih aggresif manapak maju ke meja aku.
“WOI! Aku nak jawapan.”
“AISEYH, minah ni. Amek la,amek.. Salah aku tak tanggung. Tapi, aku nak tengok ko punye jalan kerja untuk soalan ni dulu. Tak de idea la beb ”. Saje je bagi alasan, nak tiru gak sebenarnya.haha
Sementara tunggu si PIQA yang sengal ni salin jawapan aku, aku sempat la menjeling kat paper si Kambing tu kan. Pe benda la si Kambing tu jawab. Kosong je aku tengok paper dia. Ko ni study ke tak wahai Kambing. Dia tengah perah idea lagi kot. wawaaa. kejam betul aku.
 
Tiba-tiba dengan muka tak tahu malu, si Kambing suruh aku jawabkan paper dia.
Lagi sengal mamat ni. Dengan best nya aku jawab.

“boleh, dengan syarat. Ko jawab aku nya soalan, kasi dapat 100%. Ok?”
Semuanya terhenti di situ.
Masa tengah dok hingar bingar tukar jawapan, terdengar tapak kasut 5 inchi cikgu. Kelam kabut masing-masing duduk tempat balik. Cikgu pun macam da budjet kitorang berbincang. Siap ugut nak toloak markah lagi… Kami tak kisah cikgu. Itu hanya ugutan semata-mata. wawa Sekian sudah kami menjawab exam ADD MATH petang tu. Semua MUMTAZ… sukanya!
Tapi, tulah tak berkat. Abang-abang yang Form 5 tu tak tahu pula result diorang. Tak berminat nak tahu.
 
Itulah kali terakhir aku “berbincang” dalam exam. Lepas tu dah tak pernah buat dah.Lepas tahu hukumnya berdosa besar tu, lagi la. Taubat, tak buat lagi da.
Ya Allah! Takutnya… bukan aku buat apa pun. Meniru je.
Kepada kawan-kawan, adik-adik sekalian. Belajar bersungguh-sungguh. Tak perlu meniru untuk dapat A. Cemerlang tapi tak berkat. Kepuasan pun tiada.
Renung-renungkan dan selamt beramal…
:)

29 April 2009

exam.exam.dan exam lagi...

Makin nak exam, makin banyak dugaan. Makin rasa nak tidur je. Rasa katil tu memanggil-manggil je. Kalau tak tidur, tangan ni gatal nak menaip je. Ya Allah, ape nak jadi ni. Aku kena kuat. Melawan nafsu sendiri, sungguh besar tu. Jihad melawan perasaan sendiri.
Tiba-tiba teringat kata-kata mak.

“ jadilah yang terbaik, antara yang terbaik. Mak sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak mak. Yang penting usaha. Kalau kita tak usaha, Tuhan pun tak nak tolong”

Waaaa.. rase termotivasi sebentar. Harap terus istiqamah macam ni. Kan bagus. Ni tak, naik turun. Unstable betol la hormone nih. Hahaa. Itu pula yang disalahkan ye.
Sebulan lagi je nak exam. Eh,eh! Bukan, dalam 24 days lagi.Harap-harap dapat buat yang terbaik. Lulus pun da syukur sangat-sangat. Almaklum la, kalau bab Bio ni rase mcm betul da jawab tu. Tp, bila result da keluar.wawaaah. terbalik pula. Dari zaman sekolah lagi macam tu.Tapi, aku pun masih tak faham sampai sekarang kenapa dulu aku yakin sangat apply course ni kan. Em, mungkin Allah da tetapkan ni la laluan aku. Syukran banyak-banyak even banyak dugaan yang perlu di tempuh.

Ingat lagi masa form 4 dulu. Aku berdua dengan kawan ni sit exam lewat sikit. Sebab masa hari exam tu, kitorang pergi MSSD olahraga. Masa ni paper biologi. Dia punya nak meniru aku. Tanya apa jawapan. Aku dengan yakin bagi je jawapan ni. Siap pass kertas kat dia tu yang paling tak tahan. Budjet betul la kan jawapan tu. Jawab sekejap je. Lepas hantar jawapan tu, cikgu terus mark paper tu. Cikgu offer check jawapan lagi pun kitorang tak nak. Yakin sangat!
Surprisingly, nak tau tak berapa aku dapat? Haha. Tak payah la cakap. Tapi, boleh la buat aku berbangga dengan diri sendiri.wawaa
Yang malunya, member aku tadi dapat mark lagi tinggi , lebih banyak pulak tu.

Aduh! Kat mana nak sorok muka ni. Segan gila!
 
Nasib dia memahami keadaan. Moral of the story, jangan terlampau yakin lain kali. :)
Oklah. Nk off. Nak solat, then study. Mood yang baik ni tidak harus disia-siakn.
Next entri nanti nak cerita pula pengalaman berbincang jawapan time exam add math. Yang tu lagi sengal.*meniru dalam peperiksaan adalah satu dosa besar. Tak percaya, check balik dalam buku agama Form 5. kami tak meniru. Berbincang je.

“the root of education are bitter, BUT the fruit is sweet”

27 April 2009

suatu rasa yang abadi


Telah Kau kurniakan aku suatu rasa,
Rasa yang abadi,
pengikat kasih antara dua insan…

Semalaman aku berfikir, dimanakah dia ye. Sehat ke sakit ke.
Moga-moga dia sihat dan baik-baik saje.
Em, mampukah aku bertahan ya Tuhan.
 
Penantian yang begitu lama. Mencabar segala rasa.
Rindu kian menebal. Tapi, aku sabar lagi.
Menghitung hari-hari yang bakal aku tempuh tanpa dirinya.

Tapi, sejauh manakah kesabaranku ya Tuhan. Aku takut.
 
Jika benar telah Kau ciptakan dirinya untukku,
Kau dekatkan lah hati ini dengan hatinya.
Kau titipkan kebahagiaan antara kami, agar ia kekal abadi hingga ke syurga.
Kau berikanlah aku kekuatan. Kerana aku sering dihurung ketakutan.

Buat kau yang jauh di mata,
Aku akan tetap menunggumu. INSYAALLAH.
Moga apa yang kita harungi mengeratkan lagi rasa antara kita.
Dan aku tak sanggup untuk kehilanganmu,
Kerana aku benar-benar kasih, sayang dan cinta padamu.

Doaku, moga kau selamat dan sentiasa di bawah lindunganNYA. AMIN..

*** Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya kerana keelokan paras boleh menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaanya kerana kekayaanya boleh musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyuman dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga Allah pertemukan dengan orang seperti itu.

20 April 2009

Sejambak bunga buat kau yang bernama sahabat

Persahabatan itu umpama sejambak bunga. Andai ia terlerai, bisa digubah semula. Namun gubahan itu tidak akan seindah gubahan yang pertama.

Frasa yang begitu indah. Dalam maksudnya. Ayat-ayat yang penuh pengertian. Persahabatan? Definasinya terlalu dalam untuk dirungkai seperti definasi cinta dalam entriku yang lepas. Dan mungkin ruwet untuk aku gambarkan. Ada yang mengatakan persahabatan itu wujud apabila insan itu saling mengenali dan memahami antara satu sama lain. Ada pula mengatakan persahabatan itu sendiri bermaksud kemaafan. Jadi apabila salah seorang sahabat itu melakukan kesalahan, tidak perlu dinyatakan kemaafan untuknya kerana kemaafan sentiasa diberi untuk seorang sahabat itu.

Namun sedalam mana pengertianya, terserah pada diri sendiri menilai.
Masih lagi aku ingat. ketika berada di zaman kanak-kanak. Di akhir tahun penggal persekolahan, aku pasti sibuk menulis biodata yang dipinta oleh kawan-kawan. Pastinya, aku akan membaca dahulu apa yang ditulis oleh kawan-kawan yang terlebih dahulu menulisnya. Pastinya tidak ketinggalan dalam biodata itu “ kawan karib, kawan rapat, kawan biasa” malah lebih daripada itu, ada yang menulis siapakah musuh mereka. (hahaha. Sekadar tergelak apabila teringat) tepatlah jika aku katakan, kanak-kanak itu lebih tahu menilai nilai sebuah persahabatan sehingga boleh membezakan antara kawan karib dan kawan rapat. Aku sendiri tidak bisa untuk membezakanya. Mungkin kerana, sekarang ini aku sudah bergelar seorang dewasa. Dan mula menilai kawan itu kepada yang boleh dipercayai ataupun tidak. Kanak-kanak lebih jujur dalam persahabatan. “tak nak kawan” adalah ungkapan biasa yang kita dengar.

Bagi aku, sebuah persahabatan itu lebih simple,mudah berbanding cinta. Cinta ini merupakan satu nilai yang lebih kompleks. Dalam persahabatan kita memerlukan kepercayaan, saling menghormati dan bertolak-ansur. Tapi, sejauh manakah kewujudan nilai-nilai ini dalam erti persahabatan kini. Mungkin ramai yang alpa, leka menjadikan kita lupa akan nilai ini. Nilailah diri. Layakkah kita bergelar seorang sahabat? Dalam usia yang semakin mendewasa, kita mula sibuk dengan pelbagai urusan sebagai seorang dewasa. Pernahkah kita menilai diri ini, selama kita hidup ini adakah kita benar-benar menjadi seorang sahabat atau sebenarnya hanyalah duri dalam daging? Fikir-fikirkanlah. Tepuk dada, tanya hati. Hanya diri kita sendiri yang layak menilai diri sendiri.

Tak perlu mencari seorang yang sempurna untuk menjadi teman sejati, cukuplah mencari teman yang menjadikan kita sempurna apabila bersamanya.

Sudahkah aku temukan teman sejatiku??

09 April 2009

Anugerah cinta terindah

Allahu Rabbi,
Aku minta izin, bila suatu saat aku jatuh cinta…
Jangan biarkan cinta untukMU berkurang,
Hingga membuat lalai akan adanya ENGKAU.

Allahu Rabbi,
Aku punya pinta,
Bila suatu saat aku jatuh cinta,
Penuhilah hatiku dengan bilangan cintaMU yang tidak terbatas.
Biar rasaku padaMU tetap utuh.

Allahu Rabbi,
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta,

Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan kasihMU.
Dan membuatku semakin mengagumiMU.

Allahu Rabbi,Bila suatu saat aku jatuh hati,
Pertemukanlah kami,
Berikanlah kami kesempatan untuk lebih mendekati cintaMU.

Allahu Rabbi,
Pintaku terakhir,
seandainya aku jatuh hati,
Jangan pernah KAU palingkan wajahMU dariku.
ANUGERAHKANLAH aku cintaMu yang tak pernah pupus oleh waktu.
AMIN..