25 January 2008

Mendung tak bererti Hujan

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.( Betul ke macam tu?? )
Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya… Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa..
Dan kite perlu sentiase ingt ..
Kita tidak boleh merubah mase silam kita. Ia merupakan sebahagian hidup kite,yg menjadikan siapa kita pada hari ini.
Tapi awas,kita juga sebenarnya boleh memusnahkan diri kita pada hari ini jika kita terlalu memikirkan masa depan kita.Jadi,apa pun terjadi kita perlu hadapi dengan penuh kesabaran.
 
Tuhan itu tidak akan menguji hambanya melampaui batasan kemampuan mahkluknye.=)
Bercakap mengenai kejayaan.,kite tahu setiap insan yg lahir itu sudah pasti mengimpikan kejayaan. Setiap individu itu memiliki kehendak dan kemahuan yg berbeza-beza.
Aku masih ingat lagi kata-kata seorang pakar motivasi, Dr Rozita Shaari setahun yg lepas menerusi emailnya.Aku sempat juga menelefon beliau. Perbualan yg pendek dan ringkas,tapi cukup memberi impak yg besar dlm diri ni. =)
 
Apabila hendak berjaya, kita mesti sanggup membayar harga kejayaan itu.
Jika besa kejayaan yg ingin di capai, maka besarlah lagi harga bayaran itu.
Dan bayaran itu bukannya wang ringgit.tapi, rasa sakit dan pengorbanan yg kita harus harungi.Perlu kita ingat kejayaan itu luas skopnya.Begitu jua kejayaan dalam bidang apa,sama ada berjaya mencapai cita-cita,memiliki keluarga yg bahagia,dan banyak lagi.
Bila di fikir - fikirkan , sanggupkah kita membayar sebuah kejayaan itu yg ketika ini nampak dan rasa pedih untuk kita telan.

fikir - fikirkanlah sendiri.Tepuk dada,tanya hati.

Jika kita memikirkan kita punya masalah yg besar, kita harus ingat ada orang lain lagi besar masalahnya,lagi besar dugaannya.Jadi janganlah kita mudah melatah apabila masalah datang menduga.Apatah lagi untuk rasa patah semangat.
Ingatlah,masalah yg datang adalah untuk mematangkan kita.

~ Tuhan itu Maha Mengetahui,apa pun jua berlaku kepada Nya kita kembali
Innama ala’malu Binniat..
maksudnya : apa yg kita lakukan bermula dengan niat..

dan ingatlah niat itu kerana Allah. (^-9)