25 June 2009

YES you, girl in a JEANS...

Missing my home already. Rasa macam nak balik rumah je. Kakak aku balik rumah hari ni. Rasa macam lama da tak jumpa dia. Rindu lah, even hari-hari chat dengan die…
Ada ke patot dia cakap aku lagi kuat tidur jika nak dibandingkan dengan dia. Tak puas hati betul nih. Bagi memuaskan hati, aku pun called mak, mak lagi arif. YES! Aku da kata dia lagi kuat tidur dari aku.haha sengal tau die tu. Selalu je kena sakat dengan die.
Abah tak kerja shift malam hari ni. Macam pelik. Mak kata abah dah jadi Ali Baba sekarang. Tak payah buat kerja, jadi mandur je. Elok la macam tu. Haha

Siang tadi mood tetiba nak pakai jeans. Saje ambil risiko. (In our school, we are not allowed to wear a jean. Tapi still ramai je yang pakai.hehe)
Then tadi masuk je dalam tutorial room, terus kene point dengan lecturer.
“ kenapa pakai JEANS….??? ” (In a soft tone ok)
Aku cube buat muke tak bersalah. Aku seorang je ke pakai jeans hari ni? Cube melihat jiran kerusi sebelah. CET! Patut la.
* tersengih-sengih, buat macam muka tak bersalah. Ikutkan hati nak je menjawab.
Tapi what to do. Itu namanya menempah maut.
Then, the other persons lak kene “Yang ni lagi teruk, pakai selipar…”
“You should manage your behaviour. Kan da belajar. Da lah semua tak pakai name tag”
 
Perlu ke pakai name tag time ni??? Aku buat muka pelik. Kawan-kawan yang lain pun same. Ramai-ramai buat muka pelik. Mesti doctor tu sakit jiwa je hari ni.
Sorry la doctor really can’t manage this behaviour. Tak jumpa patient lagi, kepala dry la. Haha
Disebabkan oleh JEANS, aku asyik kene attack dengan doctor je hari ni. (terasa diri famous, haha) Doctor starts asking. Semua senyap buat-buat menulis. Then,

“Yes you, girl in a jean… answer please…” tak adil sungguh…

Why doesn’t she change her word to “person wearing selipar…” ngeh ngeh ngeh
Still buat muka tak bersalah. Buat-buat banyak soal. Saje nak kasi doctor tu confius. Haha Do I really care…
Pastu tadi saje cerita kat mak, mak gelak je…
Petang tadi, keluar pergi beli makanan. Teringat pada NESLO mak yang begitu mengancam. Nak minum Nescafe la hari ni. 2 minggu da dok tahan.
Mak tak bagi. “ nak exam ni. Jangan minum ais, jangan minum kafien, jangan tidur lambat, dan macam-macam lagi yang jangan…”
And that was 2 weeks ago, sekarang mak da tak cakap jangan.. Means bole la minum hari ni. Hehehe..

“makcik, Nescafe ais satu”

Dengan hati yang gembira pulang ke bilik. Tak sabar da nak minum Nescafe ais nih.
“ades! Tak sedap pun. Mak buat lagi sedap” nyesal lak beli. Tak abes pun minum.
Lain kali da tak nak beli lagi. Sampai sekarang masih terase melekat rase Nescafe yang tak best tu. Moral of the story, mak cakap sekali, dengar. Banyak cekadak lak die.

24 June 2009

my passion

Fynn Jamal, anak kelahiran Kota Tinggi, JOHOR (if I’m not mistaken) nama yang cukup sinonim buatku. Bangga tu, orang senegeri.
Aku kenal dirinya melalui wani. Karya Fynn Jamal yang bertajuk “ kisah seorang anak abah ” benar-benar menarik minatku. Dan dari detik itu, aku mula mengikuti perkembangan karya-karya Fynn Jamal. Karyanya penuh kejujuran, walaupun terkadang merasakan ayat yang digunakan sedikit kasar. Ya. Itulah yang aku cari. Karya yang penuh kejujuran. Sangat menarik. Dari situ aku mngenali Wani Ardy pula. Dan satu lagi nama yang tak asing lagi buat aku.
 
Mereka berdua ni sebenarnya merupakan ahli kumpulan 3 venus. Aku mungkin tidak berapa mengikuti perkembangan kumpulan independent ini. Minatku lebih tertarik pada karya-karya yang mereka hasilkan.
Wani Ardy. Aku semakin tertanya-tanya siapakah dirinya yang sebenar. Ingin lebih mendekati. Aku cuba mencari. Suatu hari aku membelek facebook rakan sekuliahku. Sepertinya Wani Ardy. Ah! Mungkin temanku ni peminat 3 venus. Tapi sedikit tertanya, mereka punya nama ayah yang sama. Mahu saja ku tanya.Kusimpan dahulu.
Petang tadi, tak tahu kenapa. Hatiku galak ingin bertanya.

BENAR tekaanku. Wani Ardy adalah kakak kepada temanku sendiri.
Gembira bukan kepalang. Tak perlu tercari-cari lagi di internet. Aku terima copy lagu Wani Ardy dari temanku ni sendiri. Lagu dari band lama Wani Ardy, Boneca. Mesti kawan ni geram je, aku lagi berminat dengan kakak dia dari nak mengetahui tentang cerita hidupnya. Maaf ye Zack. Between thanks banyak-banyak. hehe
Ni adalah lirik lagu yang aku terima dari kawan ni. Best. Sila layan even lagu ni dah lama. Ada lagi satu lagu tajuknya Cela. Tapi aku lebih berminat dengan lirik yang ini.

tunjukkan aku by Boneca.

Musik dari jiwa
Lagu dari hati
Cerita sepurnama
Canda dan menangis

Belum ku selami caturan terjadi
Lelah dipukul badai
Apa mungkin terlerai

Soalan tersendu, balas hampa bisu
Tuhan tunjuk sesuatu apa dia yang satu itu
Tunjukkan aku
Tunjukkan aku…

Apa bisa ku cinta kamu
seperti mana aku dicinta kamu
Aku dijaga kamu
Atau kamu terlalu indah buat diriku
Beda dari diriku?
Aku pun tak menahu

* wani, aku tahu kau pun followers untuk blog Wani Ardy. Bangga la. Connection kite sebenarnya terlalu hampir dengan Wani Ardy. Haha. Poyo je kan.

22 June 2009

an OLD time

Hari ni sangat excited untuk menulis. BUT too busy with class. 530pm baru habis kelas. So tired. Got many things to do. Aigoo! Baju tak basuh lagi. Kejap lagi la. Eheheee
Tengahari tadi, saja la online kejap. Ingat saja nak usha blog, manalah tahu buah hati rajin nak mengepost karangan dia lagi kan. KECEWA! (haha…) Then, my eyes tertengok la…

Yahoo Mail! 3 new messages. Quickly open la.

Someone add me on facebook. Tengok nama pelik. Erm, have a look dulu la.
Ya.ya. sangat kenal. Friend of mine. Kawan zaman kanak-kanak. Lama tak dengar berita. Dekat 10 tahun. Lame kan?
It just remembering me to an old time. Pantasnye tangan ni approve.
Lagi gembira bila terpasan page membe sebelah meja.

PUTERI AMIRAH BARIYAH BTE ALIASA’.

Still remember her fullname ok. Hahaa. Mesti die bangga.
Kami ni boleh dikatakan satu kepala. BOTH of us benci gila dengan cikgu Kajian Tempatan masa darjah 6. WHY? Sebab cikgu tu paksa kami masuk tuisyen kampung.
Orang da kasi tuisyen free pun tak nak pergi. Pelik kan kami berdua ni.
Lama la gak cikgu tu bebel, dia siap tanya lagi kenapa kitorang tak nak masuk. Bukan kene bayar pun. Macam-macam alasan kitorang bagi. Last-last kitorang decide mengalah je la dengan cikgu yang kuat membebel ni. Dengan paksa relanya kitorang pun pergi la juga. Cikgu math pun sangat pelik dengan kemunculan kami berdua.
Yela. Mana taknya, masa cikgu tanya sape yang tak nak join tuisyen tu, kami berdua la paling excited angkat tangan. Kononya sehati sejiwe. BUT, that’s only the beginning. Hari pertama je kitorang tunjuk muka. For the next next day, muka kami da tak wujud da.Pandai manipulasi keadaan betul.

Aku masih ingat lagi. Masa tu cikgu tak masuk kelas. Then, Puteri ajak berborak. Yang tak tahan tu borak nak letak nama anak nanti apa. Puteri la ni mulakan. Tak nak panjang lebar pula dia nak letak nama anak die. Lagi panjang dari nama dia. Aku layan je la, even tak tahu hujung pangkal kan. Kalau di ingat balik ni mesti gelak sakan.
Banyak la aktiviti kitorang. Orang sibuk prepare untuk exam UPSR, kitorang sibuk dengan resipi. Puteri ajar aku buat kek coklat. Percubaan Puteri yang pertama, kek coklat bantat.haha. Its ok my dear. At least u try. Aku merasa la juga.
Seronoknya zaman kanak-kanak. Many things to cherish. Hope one day dapat jumpa semua balik.

Teringat lak kat si dia. Kat mana ek skang?
Hey, if you read this
* don’t skip2 makan tau. Already missing you la.hehe TAKE CARE*

13 June 2009

that's the way u make me feel

Couldn’t feel much better
Than the way I feel tonight
Feel like I could live forever
Feel like I could fly
Cause when I thought I’d got it wrong, yeah
You somehow make things right

That’s the way you make me feel
That’s better than I’ve ever known it
Better than it’s ever been
I can’t seem to control it, no
That’s the way you make me feel
Like the sun coming up in the morning
Like holding the world in your hands
In a way I could never imagine, yeah
That’s the way you make me feel
I couldn’t feel much better
Than when I’m here with you

You make everything seem so easy
I’m telling you the truth
You never try to please me
But somehow, you always do

Simple things you do to me
Simple things you say
I sometimes can’t believe that it’s for real
That’s the way you make me feel 
 
That’s the way you make me feel by Ronan Keating. Lagu ni da lama, lama yang amat rasanya. Seingat aku mula dengar lagu ni pun masa zaman sekolah rendah. Akak aku la peminat setia Ronan Keating. Sampai sanggup berhabis duit nak beli kaset tu. HUH! tak tahu la nak describe perasaan ni macam mana skang. Sedih? NTAH! Bila ada manusia yang sanggup menabur fitnah demi melihat orang lain menderita. Aku mungkin tak kenal siapa manusia tu. Tapi, ingatlah Tuhan tu Maha Mengetahui…

SABAR ROSZE. mungkin ini hanya dugaan Tuhan buatmu.
Ya Tuhan, kuatkan hatiku. Aku hambaMu yang lemah. Hati, tabahlah engkau.

Buat kau yang aku kasihi, yang aku sayangi MOHD RIDZUAN RAKIDIN,
cinta ku tiada dusta. Apa guna cinta jika kau tak mampu mempercayai aku. Atau mungkin silapku, tak mampu meyakinkan dirimubahawa seluruh hatiku ini milikmu.

Duhai hati

Ku cuba menutup mata
dengan harapan aku mampu terlena.
Ku pujuk hati yang lara
Tenanglah dikau, tidurlah
Moga hari esok hadir membawa pergi segala rasa
Membawa satu sinar kebahagian

Wahai alam,
Dengarkah engkau…?
Hatiku bicara
Pada siapa harus aku mengadu?
 

Bulan, bintang dimanakah engkau…
Aku buntu cahayamu kala aku keresahan,
Kala aku dihurung gelita.
Sinarilah aku,
Terangilah malamku, terangkan hatiku yang gelita

12 June 2009

Dia, aku dan kamu

Jangan ada tidak percaya
Jangan bilang kebencianmu
Hati ini selalu mengharapkan
Kau dan aku bisa bahagia
 
Air mata di sisi ini
Saat kamu jauh di sana
Jangan ada selingkuh dusta
Kau dan aku harus setia
Engkau dan aku tidak mahu
Orang ketiga menghancurkan
Karena cinta telah lama disatukan

Kita di sini hanya ada
Satu impian paling indah
Karena cinta dan asmara
Kan bertahan

Aku tak bisa menduga hatimu
Andainya bisa ku peluk bayangmu
Di antara kita tidak ada siapa mengganggu

Kita di sini hanya ada
Satu impian paling indah
Karena cinta dan asmara
Kan bertahan 

Hari ni memang kurang kerja. Bukan kurang kerja sebab tiada kerja nak dibuat, tapi tangan ni yang gatal nak menaip je. Next week ade exam… haha.
da lame usha lagu ni sebenarnya. Macam bes. tengok lirik pun macam bes. Finally, hari ni aku berjaya mendownload. kikiki Try la dengar, tak rugi pun…hehe

11 June 2009

TAK SERONOK vs MAKAN sape menang???

Hari ini dalam sejarah… hehee
Takde la sejarah mana pun. Hari-hari yang dah berlalu memang adalah sejarah.
As ussual, around 5am dah bangun. tapi, hari ni a bit late. Di buai mimpi yang indah kot.
Walhal tak mimpi ape pun. heee. ;)
Buka je mata, mestilah tengok handphone dulu.hehee
 
2 New Message. Hati dah tertanya-tanya. Sapekah?
 
Dengan pantas membaca sms tersebut.
” lecture esok postpone pukul 9.30am. then, lecture dr.abdullah cancel.dr kurang sehat”
huahuahua. mahu gembira atau bengang ek? cant express my feeling lorh.
suka sebab kelas postpone pun tak gune, nanti ada lecture ganti lak. wahwahwah
ni la paling aku tak gemar. minggu ni je da 4 lecture postpone. apa bole buat.

Dalam lecture hall lak tak payah cite. Asal masuk lecture kedua je, mate ni da buat hal.
Mula-mula menguap je. Lame-lame mate ni lak kene dodoi. Minta maaf la doctor ye, bukan sengaja. haha. Ikutkan hati nak je di landing kan kepala ni kat meja, meja pun da nampak macam tilam je.. tapi apakan daya.
Dah le kitorang ni 50 orang je, confirm - confirm la lecturer tu pasan. Lagi-lagi duduk depan.
Sekilas tersedar, rasa macam kene tenung lak dengan lecturer tuh. Tersegan la pula. ( aku je pasan kot, ntah-ntah doctor pandang pun tidak.wawawa)

2pm. masuk klinik. demo for tooth extraction & armamenterium (equipment untuk cabut gigi la) nampak semua cam playar je.. cume blade die je yg pelbagai. (teringat la plak cerite seorang insan ni, boleh plak die cabut gigi adik die gune playar kan. kejam betol haha)
doctor yg explain ni bagus, tp bole plak suare die slow kn. lemah betol den.
yang aku ni boleh la pula dok belakang, terjengket-jengket le nak dengar apa doctor tu explain.

Selesai demo, aku melarikan diri ke library. dengan niat yang berkobar-kobar nak cari buku la kan.Mana ade orang pergi library nak tidur kan. masalah-masalah..
Dekat 1 jam gak aku dok pusing-pusing cari buku. (Bukan banyak pun rak buku dental. Ada 2 rak je. kedekut betul la usm nih)finally jumpa gak la buku yang menarik nak di baca. Of course la buku yg banyak gambar kan. hehee.

Dengan muka bangga aku pun bagi kad matrik & buku-buku tadi kat kaunter pinjaman.
pastu abang kat kaunter tu dengan lembab je memberitahu… ” dik, system offline lah”
” Em. agak-agak lama tak?” “rasanya lame la juga..” selamba je die jawab ek.
” agak-agak malam ni da ok tak?” ” rase sampai malam pun tak ok lagi ni”
aku cm nk menjerit je. Bengang nih. 1 jam tau aku cari buku nih. Last-last itu yang aku dapat.
Aku rasa pasni usm patut tutup la library tu. tukar nama jadi muzium je. so, next time aku da tau kene bace buku dalam tu je.

Dari aku berbengang-bengang tak tentu pasal, baik aku pergi cari makanan. Makan pun sodap.huahuahua (da makan banyak pun, badan cenggini gak. kuang3)
petang tadi episod akhir cerita matahari. Aku sebenarnya bukan la pengikut setia cerita tu pun, kaki tv pun bukan. Tapi, memandangkan semalam da tengok, alang-alang tu nak tahu la gak ending tu macam mane kan. Sadis betul la dengan ending cerita tu. Suspen je lebih. Hampa aku. BENGANG? buang mase je bengang ni. Kalau dekat Bollywood nih, aku comfirm produser cite tu da kene serang. wawawaa

Kesimpulanya hari ini adalah hari yang menghampakan. Bila rasa tak seronok, kene la makan. Dan kerja aku hari ni asyik makan. wawaawaa

MUNGKIN

Akar tunjang pagar selasih,
Balung kulit berisi serai,
Alangkah teruk menaggung kasih,
Tak sebab kulit tulang bercerai.

Apakah mungkin
Apa yang aku miliki hari ini,

Akan terus aku miliki pada hari esok?

09 June 2009

benih HATI

Dulu hatiku penah terluka
Dirobek oleh manusia rakus yang penuh dusta,
Lantas berderailah seluruh pelusuk hati,
Menjadi seperti serpihan-serpihan kaca,
Merubah luka kepada nanah.

Lantas,
Kukuatkan hati.
Membunuh segala rasa yang hanya meruntuhkan diri.
Bangun aku membina semangat diri.
Mengutip serpihan hati yang masih merah,
Agar ia kembali tumbuh menjadi seperti asal.

Musim-musim terus berlalu,
Hari yang berlalu mendewasakah segenap rasa dan diri.
Membuang segala yang keruh,
Mengisi usia-usia yang basi,
Safar kehidupan yang kian memendek.

Kupanjatkan doa dan syukur padaNYA,
Mungkin ini sekadar ujian dariNYA,
Buat diriku yang bernama hamba,
Pelakon sepi dipementasanNYA…

Dan di sebuah persimpangan, 
Tiba-tiba hati yang sedang mekar disapa.
Meggetarkan gelombang jiwa yang sedang damai
Apakah ini kurniaan atau ujian Mu Ya Tuhan?
Tidak rela aku terperosok dalam lubang yang sama tuk kedua kali.

Andai ini yang telah Kau tetapkan untukku,
Aku terima. Aku redha dengan ketentuanMu.
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu.
Kau peliharalah diri ini dari fitnah dunia.
Jangan biarkan aku terjerumus ke lembah yang tidak Kau redhai.
Amin…