28 May 2009

mana

Tadi aku saja membelek-belek blog orang. Bace blog adik…(ingatkan dia da delete blog. Rupanya tukar URL. Sure nak lari dari gadis JB tu. Tu la, layan lagi… mak pesan, layan berpada-pada, orang dah tersangkut, apa boleh kata) At the same time, kesian gak kat dia. Dikhianat oleh kawan sendiri. Ni la hidup kan… That’s not my point anyway.
Aku tertarik dengan satu entri di ruang penulisan wani. “NILAI BUDI BAHASA”.
Apa yang kawan tulis tu, benar belaka. Manusia makin lama, makin hilang nilai budi bahasa. Hilang budi pekerti. Muka tembok. Tidak! Aku rasakan tembok tu lagi nipis daripada mereka walhal tembok tu da cukup tebal.

Teringat masa zaman sekolah. Masa tu Form 3 rasanya. Aku adalah seorang pengawas sekolah masa tu. (SKEMA GILA MASA TU… Oh, tidak! Mengikut peraturan saja)
Tiap-tiap kali masa rehat, tugas kami mengarahkan pelajar keluar dari kelas mereka. Bukan suka-suka buat macam tu. Nak elakkan banyak benda yang tak diingini contohnya seperti kes-kes kecurian. Kan “prevention tu is better”. Kalau da jadi kes, menyusahkan kami juga la, buang masa kene buat spot check pula.
Nak di jadikan cerita, menghalau pelajar berbangsa cina la adalah tugas paling mencabar. Nak nak budak kelas hujung-hujung. Nak je aku maki rasanya. Tapi aku masih punya kesopanan dan kesusialaan. Rukun Negara yang ke-5. Bukankah kita sebagai rakyat Malaysia perlu mendukung prinsip rukun Negara. Kalau bukan kita siapa lagi. Betul tak?? Dan aku takkan lupa, sebab tu la soalan yang cikgu bagi masa kene interview pengawas dulu. ;)
“ kosongkan kelas, kosongkan kelas” tulah ayat biasa yang aku gunakan masa screen, nak pastikan dulu ramai atau tidak pelajar lain dalam kelas. Siap screen, baru aku masuk kelas satu demi satu. Menghambat keluar saki baki pelajar yang masih degil.
 
Rasanya ayat yang digunakan dah cukup sopan. Dengan tak semena-mena, pelajar tadi memandang aku sambil mengatakan sesuatu dalam bahasa mereka (bahasa cina) dengan nada yang agak tinggi. Seperti marah.
Dan ku kira mereka sedang memaki. Wah, wah! Sakitnya hati.
Susah sangat agaknya bagi mereka nak ikut peraturan. Apa la nak jadi, belajar dah la malas, kurang pula nilai budi pekerti tu kan. Inikah contoh terbaik rakyat Malaysia?

*** Usai waktu persekolahan. Balik ke hostel. Aku sempat menceritakan kisah tersebut pada rakan seangkatan. Sempat la membeli tips daripada dia. Terima kasih…
Selepas 3 hari, masih pelajar yang sama yang berada dalam kelas tersebut. Aku semakin panas. Rasanya, tak salah aku gunakan tips yang kawan bagi ni.
“ kaifa tu’idu syai! ” bentakku. Dalam hati ni tuhan je tahu macam mana aku nak tahan gelak. Aku bukanlah jenis yang suka nak maki & marah orang. Saje je buat macam tu, kasi mereka respect sikit pada diri kita ni. Tak sangka, dengan cara tu tugasanmenjadi mudah.

“kaifa tu’idu syai” bermaksud bagaimana cara untuk membuat air teh dalam bahasa Arab. Rindu pula nak bercakap lughatul arabiah. Lama sudah aku tinggal kan zaman tu. Kalau bercakap pun, mungkin tak sefasih dulu. Berhabuk!

Haha. Kelakar bukan. Kalaulah mereka tahu apa maksudnya, mahu mereka gelakkan aku. Bukan aku nak katakan yang bangsa cina ni tak sopan atau kurang ajar. Ada yang elok.
Melayu pun apa kurangnya, ada yang kurang nilai budi bahasanya. Tapi, kerana yang segelintir ni lah, rosak susu sebelanga. Hak masing-masing. Terserah pada diri bagaimana mahu dicorakkan. Jika elok corak yang kita mahukan, cantiklah peribadi yang dihasilkan.

“You can reach your goal if you have the deep desire to reach it and a strong faith in yourself.”

27 May 2009

tuluskan hatiku keranaMU

Kebelakangan ini aku rasakan seolah-olah ruangan  ni seperti menjadi medan surat cintaku untuk si dia. oh tuhan apakah ini.
Maaf lah kepada yang membaca. Tak perlu singgah ke ruang ini jika rasa meluat segala terbit kala kamu si pembaca menurut apa yang aku coretkan.
Kerana aku tak pinta kamu menjadi pembaca setia.
Kerana ruangan ini secara lumrahnya memang ruangan untuk aku mencurahkan rasa hati ini.
Cuma mungkin ada sedikit tidak aku muatkan ke ruangan ini demi menjaga hati sesetangah individu. Nanti mereka bilang aku tak punya rasa, tak punya hati perut.

Lirik ini. Menarik. Dan sedikit menyentuh hati. Terasa aku begitu bahagia dibumi ciptaanNYA. Terima kasih yang menujukan lagu ini. ;)  
Teringat selalu wajah kekasihku
Saat ku menuai lalu
Coba engkau dengarkan
Ku tuaikan nada lirik lagu sederhana
Ku ceritakan kisah tentang kita

Peluklah tubuhku bila engkau rapuh
Saat kau mulai terjatuh
Aku datang menyelamatkanmu
Ini surga kita tiada yang menguasainya
Tempat kita bersandar dan bertahta

Tenang sayang, ku pasti akan datang
Yakinlah aku menjemputmu
Jangan menangis, hapus air matamu
Yakinlah ku tetap milikmu
Tenang sayang, ku tepati janjiku
Karna kau wanita terhebat
Peluk tubuhku, matilah di pelukanku
Biar seluruh jagad raya tahu

**
Tenang sayang, ku sambut engkau datang
Ku yakin engkau menjemputku
Jangan menangis, hapus air matamu
Yakinkan ku tetap milikmu
Tenang sayang, ku sambut engkau datang
Ku yakin engkau menjemputku
Peluk tubuhku, matilah di pelukanku
Biar seluruh jagad raya tahu kau milikku

Rasa indah itu berpada-pada. Menangis itu adakala perlu.
kerana hidup ini ada pasang surut. Yang kita miliki semuanya hanyalah sementara. Kerana kita tak pasti bila saat itu akan tiba.
Yang pasti bila-bila masa, mungkin tanpa rela tuhan akan tarik pinjamanNya.
Moga apa yang aku miliki sekarang kekal hingga akhir hayatku.
Aku bersyukur dengan apa yang sedang tuhan pinjamkan padaku.

Bila saat aku jatuh cinta, KAU tuluskan hatiku mencintai dirinya keranaMU
Biar rasa ini utuh hingga akhir waktuku

15 May 2009

TERIMA KASIH

Alhamdulillah, hari ni bangun tidur. Aku masih berpeluang melihat dunia.
Aku masih berpeluang tersenyum melihat keindahan matahari terbit, mendengar burung-burung yang sedang asyik berkicauan, menyanyi keriangan.
Sujudku syukur padanya kerana masih dikurniakan aku masa untuk aku nikmati semua ini bersama insan yang aku sayangi, insan yang aku kasihi. Tuhan kurniakan aku ibu yang penyayang. Ayah yang tidak henti memberikan yang terbaik untuk diri ini. Adik beradik yang menjadi teman suka-duka dan mengadu nasib. Yang paling manis, ALLAh kurniakan seorang lagi insan yang mampu mengasihi dan menyayangi diri ini dengan sepenuh hatinya, membuat hidup aku lebih bahagia dan bermakna.
 
TERIMA KASIH YA ALLAH. RahmatMU begitu luas walaupun terkadang aku alpa, kufur pada nikmat yang kau kurniakan.

Buat teman-teman yang selama ni bersama-sama, terima kasih. Susah senang dilalui bersama-sama. Sesungguhnya aku amat menghargai persahabatan yang terbina. Terima kasih atas segalanya. Moga ukwah yang terbina kekal selamanya dan dirahmati olehNYA.
Maaf andai selama persahabatan ini, tanpa aku sendiri sedari ada hati-hati yang terguris. Sesungguhnya tidak pernah terbit sedikit rasa untuk menyakiti dirimu wahai sahabat. Moga kita semua bersama-sama mencapai kejayaan.
UKWAH FILLAH ABADAN ABADA.

11 May 2009

Bukan gading emas

Duhai kasih cuba kau dengarkan
Isi hati penuh kejujuran
Dengan sepenuh keikhlasan
Ku dambakan pengertian

Jangan kau dengar fitnah dunia
Kerna ianya dusta semata
Menghancurkan kesucian
Jalinan kebahagiaan

Sebenarnya aku merasa sinar cahaya yang gemilang
Ketika kau beriku harapan
Dan sering aku harapkan cinta berlandas keimanan
Dan kasih suci kitakan diberkati

Ku cuba sedaya agar dirahmati perhubungan yang telah terbina oh
Kerna pasti aku yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu
‘Kasih kuharapkan cinta kita kan terus kekal hingga ke syurga’
Tuhan berikanlah ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku
Bersama mengharapkan ketulusan cinta ini hingga terbina mahligai bahgia

MAHLIGAI KASIH by UNIC ~ penuh makna yang tersurat & tersirat

Exam is just around the corner.
Again, tiap kali nak exam, sure tangan ni jadi gatal nak menaip.
Itulah, inilah. Just like my lil brother says, it’s just the way to express our feeling.
Time nak exam ni selalu nye kita akan rasa depressed.
Depressed yang nak mati-mati la. (TIPU NYER…)
Sampai boleh dapat migraine pula kali ni. Dalam sejarah hidup tak pernah stress sampai macam ni sekali… SYUKUR, da agak ok sikit sekarang ni.

Dalam usia yang makin meningkat ni, makin banyak benda yang perlu di fikirkan.
Aku sebagai seorang anak, pelajar, rakyat Malaysia dan banyak lagi.
Banyak tanggungjawab yang hendak dipikul. Menjaga maruah diri dan keluarga, berbakti kepada ibu bapa, belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi rakyat yang berguna dan mampu berbakti kepada masyarakat dan Negara. Terlalu banyak. Sehingga terkadang aku menjadi bingung, mampukah aku laksanakan semuanya.
Ini semua adalah amanah. Amanah selagi kita masih bernafas di muka bumi ALLAH ini.

Aku juga punya keinginan, tapi dalam masa yang sama perlu menjaga hati-hati lain terutamanya kedua orang tuaku. Pastinya aku tidak lari dari fitrah manusia.
Rasa ingin disayangi dan menyayangi. Walaupun aku pernah dilukai suatu ketika dulu. Bukan la nak kata dah serik bercinta. Tapi, pengalaman itu buat kita menjadi manusia yang lebih matang. Menjadikan kita seorang yang lebih berhati-hati. Jangan hanya menilai manusia berdasarkan apa yang kita lihat. Tidak aku nafikan, apa yang aku lalui sedikit sebanyak mempengaruhi setiap tindakan yang di buat. Sebab kita tak pernah mengenali seseorang tu, selagi kita tak duduk sebumbung dengan dia. This is what my mom told me. Absolutely, I agree.
 
Manusia juga berubah, mungkin semalam dia adalah yang terbaik di mata kita.
Tapi, siapa tahu esok lusa, dia akan berubah menjadi manusia yang sebaliknya, seolah-olah seperti seorang yang kita tak pernah kenal dan asing buat diri ini.
Alhamdulillah, sekian lama hati ni tertutup. Tuhan kurniakan kunci hati. Bukan tidak mahu memuji, tapi rasanya cukuplah aku memandang dia sebagai seorang yang sederhana sahaja. Itulah yang terbaik. Salam perkenalan yang tak rela aku hulurkan akhirnya menjerat diri sendiri. OOPS! Lebih elok jika aku katakana, ini adalah takdir dari Yang Maha Esa. Percaturannaya indah belaka. Hadirnya tidak di duga. Dan yang pasti keindahan itu hanya aku dan dirinya sahaja mampu rasakan.

YA ALLAH, terima kasih. Hadiah yang Kau kurniakan terlalu besar buat diri ini yang bergelar hamba. Moga redhaMU mengiringi setiap perjalan hidupku.

09 May 2009

Sayang MAK selalu...

SELAMAT HARI IBU!
Selamat hari ibu buat mak yang tersayang, Pn. Siti Halijah @ habibah Bte Saringah.
Terima kasih atas segala kasih sayang diberi. Terima kasih kerana menjadi ibu yang memahami. Terima kasih untuk semuanya. Thanks for being the best mother in the world. Tanpamu di dunia ini, siapalah aku.

Pagi tadi, saja la called mak. Aiceceh! Suara pun seria-ceria je.
As usual, I’ll ask mak sihat ke tak. Ye lah. Mak ni kalau sakit dia diam je. Tak cakap.
Kita sebagai anak ni kenalah tanya khabar dia kan.
“ mak tengah masak ni. Ayam sedap. Ala-ala ayam percik gitu, tapi mak goreng sampai kering” Wah! Bunyi sedap. “ mak pos la sini sikit. Tak pun, nanti nana balik mak masak la. Mesti sedap.” Suara manjaku menambah.
 
Kejelesan sungguh dengan adik. Hari-hari makan sedap. Hehee
Hari ni mak & abah nak ambil Han dekat U. Manja sungguh pakcik tu. Harap badan je besar. Hahaa ( Han, if you read this, sila la marah ye. Nanti boleh la jual kau. Kurang seorang adik. Wawaaa. Just joking)
Perbualan kami terhenti seketika. Mak senyap, aku pun senyap.
Then I just started again. “ Mak, selamat hari IBU! Terima kasih untuk semua.”
“ terima kasih. Moga jadi anak yang baik”
 
Aduduh. Tiba-tiba rasa meremamg bulu roma ni, air mata da bergenang je. Touching gila bila mak cakap macam tu. Cover, cover nanti mak perasan. Hehe.
Sensitive betul la Roszeyana ni.Memang nak jadi anak yang baik pun, anak yang taat pada kedua orang tua dan berusaha bahagiakan mereka sehingga hujung nyawa ni.
Sempat lagi aku menambah “ mak, semalam Wan called. Dia kirim salam. Dia cakap SELAMAT HARI IBU juga untuk mak.“. Pandai ea Wan ambil hati mak.
:)

(Dari Abu Hurairah Radhiyalahu ‘anhu, datang seseorang menemui Rasulullah SAW dan dia bertanya “Wahai Rasulullah, siapakah orang paling layak untuk aku bergaul dengan baik kepadanya?” Baginda Rasulullah menjawab “Ibumu” “Kemudian siapa?” “Ibumu”
“kemudian setelahnya siapa?”“Ibumu”
Untuk kali berikutnya orang itu bertanya lagi “ Lalu siapa?”

“Ayahmu” jawab Rasulullah SAW.)
 
Ya ALLAH, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.AMIN 

buat mereka yang bergelar emak, ibu, mama dan yang seangkatan dengannya
~SELAMAT HARI IBU. MOGA MENJADI IBU YANG TERBAIK BUAT ANAK-ANAKMU.

03 May 2009

Khas buat yang teristimewa

Ya Tuhan..
Pelangi yang kau kurniakan terlalu indah
Indah, hingga memukau mata yang menatap

Mengunci segala kata
Tertutup rasa ingin menutup mata

Aku bisa…
Bisa habiskan masaku,
Kerna aku mahu begini selalu
Rasa bahagia, tenang dan damai begini
Jauh dari segala rasa yang menggelodak jiwa.

Dan…
Jangan biar malam datang

Jangan diberi ruang untuk malam bertandang
Kerna aku takut, bila esok hadir
Tiada lagi pelangi seindah ini

Untuk aku nikmati lagi
 

Kupu-kupu yang hadir semalam benar-benar membawa berita gembira.
Terima kasih ya kupu-kupu. Nanti datang la lagi. :)

02 May 2009

Bait pilihan

Kanan kiri manusia berdusta
Mungkir pada yang Esa
Mungkin ku bukan watak utama
Dalam pentas lakonan dunia
Bimbang juga ku turut sama
Pastinya aku yang binasa
Berikan aku pedoman
Arah mana jalan kehidupan
 
Untukku teruskan pengembaraan
Tak rebah dan tak tersalah langkah