31 December 2009

MARI BELAjar

I’m home. Pagi ni buka mata je da selamat sampai di bumi Johor tercinta, meninggalkan sebentar dunia Kelantan jauh dari pandangan mata. Sekali lagi percutian sendirian berhad yang panjang. Hehe
Belum sempat ku jejak kaki ke halaman rumah, sudah terlihat kelibah emak dan adik bongsuku Amir tercegat di pintu rumah. Amir tak segemuk yang aku bayangkan.
Usai bersarapan aku menonton tv bersama Amir. Amir busuk la sekarang. Pergi mandi sana. Makin dia mengendeng-ngendeng adelah. Dicubit-cubit aku pula. Haish, budak kecik ni…

Aku: Amir ni apesal suka sangat cubit Nana sekarang?
Amir: Nana kurus, Amir nak kasi Nana jadi gemuk macam Amir.
Aku: Haha. Kata Nana da gemuk.

***
Selesai mandi aku kembali turun ke bawah. Mahu makan lagi. Perut da terasa lapar. Hehe
Kakak aku da menjerit-jerit memanggil adik-adik dia. Time to study.Aku dan Jemi je yang bebas dari bahana pekikkan cikgu tuisyen yang garang nih.

Aku: Jemi, aku dulu habis PMR aku buat lagi tau soalan-soalan Math. (sebenarnya nak halau dia belajar gak.hehe)
Jemi: Soalnye aku bukan kau.
Aku: Bongek, aku yang terkena balik.
Aku: Mak ,mak kutip kat mana cikgu tuisyen ni? Garang gila.
Mak: Mak tak kutip pun, datang sendiri…
 
*** berderai aku dan Jemi gelak.

Amir: Mak, ambilkan nasi. Amir tak sampai. Panjang sanggat.
Aku: Ape ke lawak la Amir ni. Tinggi kata panjang.
Ida: Time ni aku suruh ko belajar, time ni la ko nk makan. Cepat sikit makan!
Ko makan nasi tu sebutir-butir siap ko. NO FUNFAIR!
Aku: bagus gak tu Amir. Sampai petang tak siap makan lagi.Haha dengar tu Amir No fun…
Lin: Hahaa..
Ida: Ah, ko pun sama. Belajar.myspace je kerjenya.
 
*** malas da nk type. Panjang sangat. Ditambah pula dengan cikgu tuisyen yang kuat mencarut ni. Hahaha. Nak bagi ikan-ikan aku makan lak. Da kelaparan da ikan-ikan tu. Sambil-sambil tu aku mencelah adik-adik yang amat liat nak menghafal sifir dan membuat tafsiran atas keliatan dorang menghafal sifir. Cikgu tuisyen free yang garang tu pun sempat je nak mengutuk tafsiran mengarut aku. Redha je la.
Amir da buat muka miang ngantuk dia. Baru hafal sifir sikit je da terasa bangga lebih. ISH3.

25 December 2009

Merepek!

2.15 petang. Baru saja bangun dari tidurku setelah dikejutkan oleh bunyi mesej dari mak. Nak buka mesej pun rasa macam tak larat.
 
“ Nana ni keputusan adik kesayangan nana 5C 2B 1D cantik kan “
Haha.hebat la juga sebab takde E. anyway congrates boy. Orang “rajin” belajar memang macam tu la result dia. Lalu aku bingkas bangun dari katil untuk mencuci muka. Mana aku campak handphone td eh? Terus 3G mak.

Mak: takde kelas ke? 
Aku: Ala mak biasa la hari Khamis ni. Lebih-lebih kelas dental pukul 8.00 - 10.00 je..
 
serius pagi tadi penat gila buat root planning. Da 2 minggu buat baru doctor approve.

Aku: orang baru bangun tidur la mak. Senggugut. Hehe
Mak: Makan la panadol..
tetibe akak aku yang sewel mencelah. Ko makan sebiji dulu. Agak-agak tak ok lagi ko telan lagi sebiji. Tak tau la doctor mane yang prescribe dosage ubat camtu kat die. Sah sewel.
Mak: Ni da makan belum?
Aku: hehee.. orang tak rasa lapar la.(itu je mampu aku jawab.)
Mak: Kan ada gastric. Da ok ke? tak lapar pun makan.
Aku: Hehe.. (hanya mampu senyum-senyum kambing.)

Period pain tadi buat aku langsung tak rasa nak makan. Terasa nak baca note atas katil. Dan berakhir dengan tidur. Biasalah kalau da baca nota atas katil tu. Syok tu tidur. Selepas 3G dengan mak, 3G dengan Amir lak. Merepek-repek je 3G dengan Amir ni. Cakap kurang, expression lebih. Sebab kemalasan melayan Amir telah melanda aku pun mematikan panggilan.

Oh! Baju selonggok tak lipat lagi. Malasnya. Malam ni nak gerak pergi Seremban pula. Sun burn kat Terengganu tak hilang lagi, tambah lagi sun burn.adoi la. Takpela, baik makan dulu then boleh telan panadol. selesai makan, ah ini pula yang aku hadap. Teringat lama da tak menulis. Hehe. At least dapat kurangkan sikit beban kat kepala ni. Sambil menikmati milo panas dan lagu Hijau Daun. Bertukar arah setelah beberapa hari ni asyik layan lagu Whitney Hustan & Celion Dion. Ah! The feeling is just in the air. hahaa Teringat orang jauh.
Actually aku baru je balik dari Terengganu. Lepas majlis Penutupan SIPTAR ( Sukan IPT Pantai Timur) isnin petang kitorag terus gerak balik USM. Really enjoy our day there. Paling bes, kitorang dapat gold medal. And next game will be SUKAD and lastly InsyaALLAH MASUM lak. Ok, got to go. Kain selonggok da memanggil-manggil untuk dilipat. 

 
Bersama coach kitorang, Miss Gan. (mase ni aku nmpk mcm tak burn la plak ye. prasan je.)

Gambo ulat gonggok. Nasib orang belah kanan landing macam tu, xnampak la kami ni macam rendah sgt.heehe

13 December 2009

silently dying...

Ibarat kompas yang rosak, utaranya ada di mana-mana.

07 December 2009

sangkar pelangi...

Aku yang tersepit di sangkar pelangi
Masih jauh perjalanan
Masih panjang langkah yang harus kuturut
Tapi terhenti kaku buntu
It’s time to face the truth. It’s just a flesh wound, but it still may sting just a bit. Apply a few bandages and hope things will heal quickly and won’t leave a scar.

02 December 2009

situasi itu...

Terkadang situasi membawa aku berfikir, alangkah baiknya kalau semua orang memahami apa yang aku rasa. Tidak perlu wujud kecelaruan rasa. Tidak perlu timbul segala rasa meredam jiwa. Tapi saat aku memandang jauh ke luar jendela, ia buat aku berfikir. Apakah pantas aku mengharapkan itu. Adakah aku cukup paham sifat mereka. Apakah aku cukup arif dengan apa mereka pikirkan. Nanti mereka pula bilang, aku hanya pentingkan diri. Nah ambil kau. Terlalu kemas dalam semua hal. Jika itu yang aku pinta, maka tidak pernah wujud permasalah ini.
Disana, dia bilang itu dan ini. Disini, dia pula bilang itu dan ini. Tidak cukupkah kamu. Saling merosakkan nama antara satu sama lain. Aku penat. Menjadi tugu pendengaran. Apakah kau fikir aku tak punya rasa. Atau aku sekadar bahan. Tapi yang sering aku lihat, itulah. Itulah sebab kewujudan aku diantara dua itu.
Oh. Andai saja aku punya kuasa, mahu kubisukan kedua-duanya. Mahu kupekakkan kamu. Kejamkah aku? Seantero dunia pun bias tahu bila kamu masih tegar mahu begitu. Lantas tidak mahu berubah,aku yang terus tersepit.

01 December 2009

Hilang...

Keadaan berubah.
Masa berubah.
Begitu juga manusia, mereka berubah.
Dan akan terus berubah dan berubah.
Mungkin kepada yang lebih baik atau pun sebaliknya.

Pastinya ada insan lain yang menyukai perubahan itu,
dan tidak kurang yang jijik melihat perubahan itu.
Kerana itulah lumrahnya. Sebuah kehidupan.
 
Adakala terasa hidup seperti layang-layang
yang terputus talinya.
Melayang tanpa haluan.
Hanya mengharapkan sang angin
memandu arah tanpa diketahui destinasinya.
 
Sama ibarat sebuah pelayaran
tanpa bintang dilangit.
Sesat di lautan luas biru tanpa noktah.
Kesudahannya hanya Dia yang lebih berhak.

Aku yang lemas.
Apakah pegakhirannya.
Buntu memikirkan.
Biar saja ia sampai akhir waktuku?