28 November 2008

Endurance

What I’am doing this weekend. Updated blog. Sikit-sikit update blog.Tulis puisi for my own la, apa-apa je.(bukan semua boleh letak kat blog rite?)Bosan. Nak study, tapi tiada mood. Ibarat masuk mata, berlegar-legar di ruang minda dan menyusup keluar melalui dua tingkap telingaku. Begitulah mekanismanya.
 
Huh! What happened to myself? Exam is just around the corner.I can’t even rase bahang nak exam. What should I do?
I really need the old me.
Very ulat buku punya manusia. Tapi tak banyak cakap.
(ces! Sekali lagi.aku pasti ditertawakan oleh Ayai)
BUT I’m still proud to be myself.eheee.
I have to motivate myself. Come on Rosze. Wake up!
You have to do something.

“Nothing great was ever achieved without enthusiasm”

Tak mengapa. Just giving myself time. Sikit je. Dipersilakan untuk menulis.
What to write? Huh, again! NO IDEA!
Grrr… BOSAN gile gaban lah. Off-pen.
Roommate dearie: mekanisma itu membunuhku.haha

27 November 2008

SEPI

puisi SEPI

puisi SEPI

PUISI SEPI dari petikan Filem SEPI.
Jalan ceritanya menarik, tapi sedikit slow.~
Terkaku sebentar aku apabila mendengar  BAIZURA KAHAR mendeklamasikan sajak ini .Terpegun sebentar. Terkesima melihat bagaimana die benar-benar menjiwainya.
She’s acting like she knows art well.~ I gave her 5 stars.

Pastinya semua pernah melalui detik SEPI.
Ya. Seperti aku sekarang sepi keseorangan di bilik.haha
Roommate tiada. Berholiday. (ingat lagi ke tak dia jalan balik ke sini tu)
Haha. Its not the point anyway.

“A beautiful behavior is better than a beautiful form. It gives a higher pleasure than statues or picture. It is the finest of the fine art “

18 November 2008

LOUSY teacher

Selase, 18 November 2008. Jam meunjukkan pukul 4.00 petang. Dihadapan kaunter Jabatan Radiology. Duduk bersahaja sementara menunggu our “beloved doctor” untuk present case. ~ disebaliknya ada cerita. Mungkin aku akan ceritakan pada entri akan datang (tu pun kalau berpeluang menulis).

Bukan main mulut masing-masing. Pot-pet,pot pet. Riuh sebentar jadinya suasana. Masa ni semua bukan main mulut, tapi bila masa PBL (problem basic learning) semua kunci mulut. Suruh jadi moderator, jari masing-masing sibuk menunding kearah orang lain. Ada je mangsa-mangsa mereka.Just left it.haha
Apa yang menarik di sini, isi apa yang kami borakan.
Guess what? Mungkin ramai antara kita juga pernah berdiskusi mengenai isu ini.
Ya. Cita-cita. Memang nak gelak besar bila dengar cita sorang-sorang tu.
Aku? Aku pernah bercita-cita hendak menjadi seorang polis trafik.
Pengakuan tegas dan disambut dengan helaian gelak tawa.

*Ok.korang gelakan aku ye. Its ok. At least ada la juga cita-cita kan.haha*
Wanna kno why? Aku sangat tertarik dengan pakaian seragamnya. SMART!Ya! Itu lah yang aku bayangkan. Aku dengan seragam polis trafik.hahaa. Tiba-tiba, rakanku mencelah. “aku pulak mase kecik nak jadi pengakap”. Hahaa! Lagi besar deraian tawa kami. Budak-budak kan. Macam-macam cita-cita. Tak tahu kenapa petang tu masing-masing jadi gila. Ketawa menjadi teman seketika.

STOP! Letih perut & mulut ni.
Lupekan!

Aku harus sedar yang aku sedang memburu cita-cita lain.
Mengejar untuk bergelar sebagai doktor gigi.
Sungguh! Aku tak pernah terfikir untuk ini. Semulia cita-cita, aku hanya mengimpikan untuk menjadi “chemical engenineer”. Tapi, akhirnnya terpaksa aku kuburkan. Jangan cuba tanya kenapa ok. Sepertinya, layakkah aku untuk bergelar seorang doktor? Ya.ya. soalan sebegini la selalu membuat aku takut. Seperti mahu sahaja dihentikan langkah kaki ini, mungkin ke sudut lain pula. Tapi, ke mana ya?

Seorang doktor milik seluruh masyarakat. Huh! Ya. Bermaksud tanggungjawab aku menjadi semakin besar. Sepertinya, lebih indah untuk aku ulangi zaman kanak-kanak.
Detik-detik itu jauh lebih indah. Lebih seronk untuk dilalui.
Tiada bebanan. Tiada masalah untuk difikirkan.
Argh! Karut sahaja.
* kalaulah pintu doraemon itu benar-benar wujud!”*
Oh tidak! Manusia pastinya menjadi seorang pemalas seperti Nobita kan.

“The best way to waste your life is by taking notes. The easiest way to avoid living is to just watch. Look for the detail. Report. Don’t participate!”

my PBL mates. i'm not here, cz i'm the one who SNAP the pitcure.
my PBL mates. I'm NOT HERE cz I'm the one who SNAP the pitcure. ;)

29 October 2008

Forgiveness is the best of life

Lihatlah sekitar alam, Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan, Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan
Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa
Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban
Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapilah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan
Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan
Beberapa hari lepas sebelum tidur, terdengar lagu ni di radio. Suddenly, buat aku berfikir tentang kehidupan lately ni. Berfikir tentang sikap manusia. Kepelbagaian sikap inilah yang menyumbang kepada pelbagai masalah. Ada kala nya masalah itu tidak seharusnya ditimbulkan, tapi ditimbulkan oleh sesetengah individu. BUT the exact reason they make it, I’m not very clear. Mungkin sekadar menarik perhatian orang ramai. Who knows right?? Sometimes the way they make it, make all people around uncomfortable & only feel disgusting.
The most thing yang aku tak boleh nak accept is when they are admit themselves as a friend, but at the back they turn to be a back stabber.Did u want appreciate this kind of people? Sorry man, if I were in the condition, no chance ok. Those who caught by me, sorry la, u got no chance. It’s only hurt me then. Better straight away go from my life or I’ll hurt you back.
Actually, I’ve a few friends like this before. I used to treat them nicely. BUT then, even after a lot of chance given, they still behaved like rubbish. So, 1 day I decided to left them behind, and step ahead for my own life. Every time thinking of that, I might think that I can’t forgive them. Even I tried my best to forgive them, BUT deep inside I still can’t. Honestly I said I can’t live my life peacefully on that time. As usual, I told my mum. She’s the best counselor of my life I ever met. When ever I had a problem, she’ll treat me like her friend. I can tell her everything & keep it as our secret, just like friends always did. YES MUM! You are right. Every single thing happens for a reason. Maybe masa kita gembira, kita jauh dari pencipta. Maka tuhan turunkan sedikit peringatan. Dan padanya kita mohon pertolongan.
My mum also said those people only talking like open up all his story & stupidness. And afterward, ayat mereka tu hanya memakan diri mereka sendiri. I hope my dear friend; my advice would be help u out from your problem. ;) ALHAMDULILLAH, dengan izinNYA ketenangan yang dicari itu telahku temui.
 “ya Allah, KAU kurniakanlah aku jiwa yg bersih. Moga tenangku mengahadapi segala kesukaran dan ranjau dalam hidup ini. Amin..”

12 October 2008

with all HIS love

Jangan mudah melafaz kasih
Kasih itu pada siapa
Jangan mudah melafaz sayang
Sayang itu untuk siapa

Jangan mudah melafaz cinta
Cinta itu pada yang Esa
Cintakan bunga, bunga kan layu
Cintakan manusia kan pergi

Cinta yang di hati
Kasih sayang yang hakiki
Kasih yang dicari
Moga Allah meredhai

Cintakan Allah dan Rasul-Nya
Suburkanlah di dalam jiwa
Sayang-sayangi keluarga kita
Moga hidup aman bahgia
Jiran tetangga hormat-menghormati
Sesama insan kita berbakti
Semoga Allah memberkati
Hidupnya insan di alam ini
Negara makmur dan diredhai
Mendapat keampunan Ilahi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~  END OF SONG ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Cinta…???? cinta terlalu subjektif untuk dibicarakan. Pelbagai definasi yang kita dapat dengar. Tapi sayangnya tak semua orang mengerti apa itu cinta sebenar. Kadang-kadang ada yang salah tafsir denganpengertian cinta yang sebenar, mengatakan cinta itu buta. Tapi perlukah kita buta hanya kerana cinta?
Mampukah kita menjawab persoalan ini.
Tidak dapat dinafikan, kuasa cinta itu sememangnya kuat.
Dan sukar untuk kita sendiri menghalang dan membendungnya.
Cinta yang tulus suci memegang satu prinsip, bertemu kerana Allah dan berpisah jua kerana Allah. Dan percayalah cinta itu berada dalam genggaman Allah swt. Jika Allah menghendakinya, maka cinta itu akan berputik. Jika cinta itu menjadi bentuk ibadah,perjuangkanlah. Pastikan syariat tidak dilanggar dan cinta itu tidak melebihi cinta pada Allah & rasulNya. Jjika cinta itu adalah milik kita,insyaAllah kita akan memilikinya jua.
Dan ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu dari kita kecuali DIA menggantinya dengan yang lebih baik.

don’t lose hope when you are in need,
have faith in Allah, have faith in Him.
So please be tough & please be strong.
with all His love you cant go wrong.
——————————————————————————-
Aku dambakan..
dambakan cinta
Cinta sejati yang kekal selamanya
Biarpun pahit perjalanan meraihnya
Demi redha Mu ku harungi jua

04 October 2008

unforgettable experience

jam 845pm lebih kurang gitu la.
menuju ke ward 7S HUSM. cuak la sbnarnye sbb tak tahu macm mane nak ambil
history patient.ape soalan nak tanye & macam-macam lagi la.
basically,everybody know what the Q to ask, but practically how to ask the Q is the major problem,right??

pusing-pusing kat wad tu,unfortunately semua patient da de orang ambil.
so,nak ke tak, kena la pegi 7U lak.
huh! patut la tak nampak budak-budak ni kat sini.
rupanya tak de kes untuk cardiovascular.(CV)
dlm kepala ni satu je, thats mean kene la pergi pediatric ward kt 6S.
waaaaa..task semakin mencabar.!
sampai je terus g tengok buku rekod in-out patient.
nasib memang baik sebab ada satu patient. the only 1 la untuk kes CV dalam wad tu.
most cases kat pediatric ward tu respiratory system.
the patient still baby, around 13 month. she was diagnosed having cynotic congenital heart disease.
(congenital : since birth )
parents baby ni memang sporting la.memang tak kisah kami nak experiment anak dia.
untuk ambil history je, kami kene ulang-alik lebih dari 3kali.
BUT its ok,nak belajar kan..heee
memandagkan patient ni baby, there are a lot of question we’ve to ask.
since prenatal,postnatal care,the condition of baby during birth ect.

the next day,pagi tu aroung 9am pergi lagi wad.
just to see the baby’s condition & gather some additional information.
condition worsen. mak baby ni cakap, baby tak tidur since malam.
after undergo suction therapy pun still tak tidur.
lepas makan ubat tu, nampak la baby nak tidur.
tu pun with the aid of nebulizer. maybe she feel quite comfortable la.
5-10 minit later, baby tu bangun balik. nampak la die nak makan.
we though she’s become ok. so,kami pun minta diri, nak pergi class.
on afternoon plan mmg nk g tgok pukul 230 tu,tapi terbabas pukul 245pm.
cadangnya kami nak buat physical examination(PE), nak buat macam mane kan.
terlepas satu peluang yang sangat berharga. i’m sure,we could have a lot of finding on the baby.
sampai-sampai je,ramai org kt bilik baby tu.
takdir tuhan lebih menyayangi nya ~ 6 okt 230pm die pergi buat selama-lamanya.
~rasenye da mcm in de air je mase tu,”wt happen huh.??”
tapi,still buat-buat rilex,member ni pulak yg macam gelabah.
speechless. then ask them, what is happen.
bila da tau keadaan sebenar, terus peluk mak baby tu.

bile keadaan da tenang,aku & kawan ni pn da kua masok wad lain,
kami datang balik kt ward arwah baby td.~meneroskn tugas la.
kami minta folder baby tu dari nurse yang bertugas.
so suprised.we only thought the baby ade CHD & infection.
~but actually,there are multiple dissease yang jarang-jarang nak ditemuai.

Hasil investigation mase baby ni lahir
- situs inversus ( stomach on right & liver on the left)
- complex duplex hydronephrosis
- dextrocardia
- having 2 Superior Vena Cava(SVC), 1 of it enlarge.
- Inferior Vena  Cava (IVC) impair - drain to azygos vein.
- 1 atrium
- ventricle septal defect (VSD)

Dan doctor pun sahkan,
the baby  was diagnosed having cynotic CHD with Kawashima variant + dibetic melistus type 1.
Dan kes ni jarang sekali ditemui.

sesungguhnya tuhan itu maha besar.
kalau dilihat condition baby tu dari luaran memang sempurna.
tuhan cipta semua complete, tapi kita tak tahu dalaman tu macam mana.
bayangkan dalam keadaan yang complex tu, baby td bole survive hingga 13 bulan.
Dan mengikut history yg kami ambil, baby tu aktif & with regular medication.
Masa berumur 11 bulan baru la baby ni start keluar masuk hospital.
ikut fakta, biasanya 66% akan meninggal sebelum umur 1 tahun.
semoga kisah ini menjadi pedoman untuk semua.

Al-Fatihah untuk Almarhumahah adek NURFATIN SHAZWANI BT TARMIZI ~
Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin..

12 July 2008

Dalam semua musim, Alalh selalu penyayang

Teman-teman itu saudaraku..dan aku mencintai kamu kerana Allah..
Uhibbukum fillah abadan abada…
Ya Allah,
barakahilah bagiku dlm keluargaku,
dan berilah barakah mereka kepadaku.
Ya Allah,
kumpulkanlah antara kami apa yang Engkau kumpulkan dengan kebaikan,
dan pisahkan antara kami jika Engkau pisahkan menuju kebaikan…


Aku tak setabah Sumaiyyah,
Tak selembut Siti Aisyah,
Tak semulia Siti Khadijah.
Aku,
Tak se-solehah srikandi-srikandi rasulullah..
Maafkan aku kerana tak sempurna..
Mampu apalah aku jadi penyeri dunia..
Layak apalah aku jadi bidadari syurga..
Aku tak impi apa kau lihat zahirku,
Aku tak impi apa kau faham batinku.
Syukur tawa itu penawar duka.
Moga tangis itu penghapus dosa.
Andai esok aku mati,
Setidak-tidaknya aku cuba perbaiki..
Andai esok aku mati,
Setidak-tidaknya aku pernah rasai,
Waktu-waktu menyeksa
Dalam sakit aku mencuba
Ya Allah,Kau selalu ada…..

ya Allah,thanks for the strength, please take away my past..and give me something sweet to remember this Ramadhan..
“dalam semua musim, Allah selalu penyayang…”

25 January 2008

Mendung tak bererti Hujan

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.( Betul ke macam tu?? )
Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya… Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa..
Dan kite perlu sentiase ingt ..
Kita tidak boleh merubah mase silam kita. Ia merupakan sebahagian hidup kite,yg menjadikan siapa kita pada hari ini.
Tapi awas,kita juga sebenarnya boleh memusnahkan diri kita pada hari ini jika kita terlalu memikirkan masa depan kita.Jadi,apa pun terjadi kita perlu hadapi dengan penuh kesabaran.
 
Tuhan itu tidak akan menguji hambanya melampaui batasan kemampuan mahkluknye.=)
Bercakap mengenai kejayaan.,kite tahu setiap insan yg lahir itu sudah pasti mengimpikan kejayaan. Setiap individu itu memiliki kehendak dan kemahuan yg berbeza-beza.
Aku masih ingat lagi kata-kata seorang pakar motivasi, Dr Rozita Shaari setahun yg lepas menerusi emailnya.Aku sempat juga menelefon beliau. Perbualan yg pendek dan ringkas,tapi cukup memberi impak yg besar dlm diri ni. =)
 
Apabila hendak berjaya, kita mesti sanggup membayar harga kejayaan itu.
Jika besa kejayaan yg ingin di capai, maka besarlah lagi harga bayaran itu.
Dan bayaran itu bukannya wang ringgit.tapi, rasa sakit dan pengorbanan yg kita harus harungi.Perlu kita ingat kejayaan itu luas skopnya.Begitu jua kejayaan dalam bidang apa,sama ada berjaya mencapai cita-cita,memiliki keluarga yg bahagia,dan banyak lagi.
Bila di fikir - fikirkan , sanggupkah kita membayar sebuah kejayaan itu yg ketika ini nampak dan rasa pedih untuk kita telan.

fikir - fikirkanlah sendiri.Tepuk dada,tanya hati.

Jika kita memikirkan kita punya masalah yg besar, kita harus ingat ada orang lain lagi besar masalahnya,lagi besar dugaannya.Jadi janganlah kita mudah melatah apabila masalah datang menduga.Apatah lagi untuk rasa patah semangat.
Ingatlah,masalah yg datang adalah untuk mematangkan kita.

~ Tuhan itu Maha Mengetahui,apa pun jua berlaku kepada Nya kita kembali
Innama ala’malu Binniat..
maksudnya : apa yg kita lakukan bermula dengan niat..

dan ingatlah niat itu kerana Allah. (^-9)