Dari semalam dok pegang hp, belek-belek. Tapi tak tahu nak buat ape dengan hp tu. Rasa macam nak call someone je. Tapi… arghhhh!!!
Masuk menu & write massages.
“ Han, agak – agak kan kalau nk call oversea time kredit die low, kredit dorang bole jadi negative tak?”
Message sent.
Pe jadah la aku tanya soalan sengal ni kat adik aku kan.
*** New messages***
“nak call boleh je, tapi jadi negative tu aku tak tahu”
Hahaa. Sesungguhnya aku telah bertanya pada orang yang salah. Ah, persetankan perasaan tu. Aku tak nak layan. Tak suka. Tak suka. Dan tak suka.
Pagi Jumaat lepas, dengan sangat rajin buat training netball. Training hari tu lebih focus untuk fitness & skill. Disebabkan matahari yang begitu terik, kami bertukar port ke court basketball. Aiceh! Dan dan semua nak tunjuk skill main basketball. Kelihatan di hujung padang budak-budak softball tengah training gak. Syok gak kalau dapat main ni. Memandangkan tahun ni nak exam Pro, terpaksa ku kuburkan niat tu. Dalam hati ni nak menyedapkan rasa, tak pelah balik ni main throwing & catching je la dengan kakak aku. Yang penting aku da burn balik. Tak boleh jadi ni. Haish.
That not my point anyway. Minggu ni nak balik rumah. Sempena CNY ni ada la seorang kawan lama aku ni nak membina masjid. Tahniah diucapkan. Moga menjadi isteri yang soleh buat suamimu dan kekal ikatan sampai syurga. Actually, ni bukan la kawan aku yang pertama kawin. Tapi ni la majlis pertama yang berkesempatan untuk aku hadir. InsyaAllah. Bila ada kawan-kawan yang dah kawin, rasa macam diri ni da besar sangat je. Terasa nak kembali zaman kanak-kanak. Tak nak jadi orang dewasa. Tapi, apakan daya masa tak boleh diputar kembali. Minggu lepas masa mesej si dia, beritahu yang aku nak pergi majlis kawin kawan ni. Tiba-tiba dia boleh kata ni yang buat die makin takut ni. Haha Da kenapa la pula dengan awak ni. Bila ditanya, baru la tahu. Ada ke patut dia takut aku ajak kawin. Baru dia tahu langit tinggi ke rendah. Ingatkan dia tak de rasa pape. Hehe Ikutkan hati memang nak ajak kawin cepat-cepat je. Tapi mengenangkan tanggungjawab dan situasi sekarang, not a good time. Belum sampai masanya. Buat kawan-kawan yang bertanya tu, aku da jawab. Lambat lagi, rasanya macam nak kerja 2-3 tahun dulu, baru boleh fikir soal nak berumahtangga ni. Tak tahu la kalau tiba-tiba jodoh awal. Haha
Kita hanya merancang, tapi Dia yang menentukan. Allahua’lam.
Kita hanya merancang, tapi Dia yang menentukan. Allahua’lam.
p/s: ada seorang kawan aku ni nak dapat baby dah. Sukenya aku. Tapi tak boleh bayang la seusia 23 tahun ni da jadi mak orang. Ades! Sedangkan aku ni masih melompat-lompat & berlari-lari di padang macam kejar tikus.