13 November 2007

its semm too hard to fix it again

Sesaat ku terkesima pada indah personamu,
Sekilas kau senyum padaku,
Melarutkanmu dalam kasihku..
Sesaat ku terpesona pada warna ceriamu,
Sayangnya telah ku hidu,
Semua paparanmu palsu..
Indah impian cintaku..
Namun realiti tak seharum y
ang ku impikan
kerna cintamu tak sejati..
Ku mahu kesetiaan dan kejujuran,
Kasih sayang yang tiada bersempadan,
Pengorbanan cinta yang tulus dan lahir dari keikhlasan.
Namun kau hanya mampu memberi janji palsu,
Dan kita pun terdorong hawa nafsu,
Semua yang kau beri tak benar dan takkan menjadi erti..
Selamanya takkan ku lupa,
Kau ajar ku seksa, Kau pandai berkata-kata,
Hingga aku derita..
Selamanya ku berjaga-jaga,
Tak sanggup ku kenang.
Cukuplah sekali terluka,
Kan ku ingat sentiasa..
Aku bukanlah bonekamu,
Ku tak rela dipermainkan..
Lebih baik sendiri, Dari terseksa di tangan mu..
Apa yang aku mahu….

27 September 2007

angin bawalah rasa ini pergi

lewat malam semalam terlalu dingin..
hujan seakan-akan tidak mahu berhenti.
seolah-olah sedang mengiringi kesedihanku,
nyata alam jauh lebih mengerti,
kepahitan yg terpaksa aku lalui,

keperitan yg perlu aku alami..
tika itu,
melangkah aku sendiri di tengah gelap malam,
dgn harapan rasa ini akan berlalu..
mulut langsung tak berperanan,
kaca jernih jauh lebih bernilai,
sahabat tika duka dan lara,
sekadar melegakan rasa utk seketika..
wahai bintang,
berkerliplah engkau..
berikan cahayamu pada malam yg dingin,
ku tak mampu mengerti segalanya,
perasaan itu selalu hadir membelenggu diri ini..

18 August 2007

Buat hati yang tenang...

Puisi adalah lakaran rahsia hati.. Pada jiwa yang bisa mengerti.. Puisiku adalah rasa hatiku.. Yang tercipta tanpa ada rasa sangsi.. Puisiku hasrat hatiku.. Yang hadir dalam fantasi.. Puisiku tak penah berdusta.. Seringkali buat aku tenang.. Bila jari-jemari ini mula menari..
Merenung aku ke luar jendela..
Menatap langit biru..
Indah dan mendamaikan..
Tersenyum lagi aku sendiri..
Kali ini tanpa mu di sisi..
Terima kasih kerna..
Buat aku terus tersenyum..
Tersenyum senang..
Tersenyum bahagia..
Lantas ku panjatkan kesyukuran padaMu Ilahi..
 
KernaMU..
Aku masih berpeluang untuk tersenyum..
KernaMU juga..
Aku mampu tersenyum..
Walaupun duka masih bersarang di hati..
Biarlah duka itu berarak pergi..
Bersama sekuntum senyuman…