2009 telah melabuhkan tirai. Kini 2010 pula muncul. Diam tak diam, pejam tak pejam sekejap saja masa berlalu. 2009 diakhiri dengan deraian gelak tawa dan menjawab kuiz-kuiz lagho di Facebook yang berbunyi kebodohan bersama-sama anak-anak bujang En Mohd Zainal Abidin dan Pn Siti Halijah@ Habibah. Nasib hari ni takde Pontianak menjerit-jerit lagi. Hehe. Kalau tidak mahu kami semua terpaksa pejam kan mata yang tak rela untuk ditutup. Penat bergelak tawa, perut mula terasa lapar. Perut meminta untuk diisi. Ah, begitukah kelazimannya???
Tahun berganti, usia makin memendek. Umur semakin tua. Tapi perangai masih keanak- anakkan. Ingat nak bangun awal tolong mak jahitkan baju si Amir yang gemok, tapi terlajak pula. Sedar-sedar matahari da atas kepala. Basuh muka gosok gigi, terus start enjin kereta nak ambil kakak aku kat bus stop. ( sebenarnya masih tak berani nak drive kereta, lagi seorang diri ni. Tapi buat-buat berani juga la. Apa guna ada lessen kalau tak boleh bawa. Betul tak? Heee…) yang lawaknya keluar tak bawa hp. Apelah sengal. Stop. Malas nak cita pasal ni.
Tahun baru diteruskan lagi dengan bermain game bersama Aiman. Nota bergunung dibawa balik. Tapi sentuh pun tidak. Bukan setakat sentuh, jeling pun belum sempat lagi. Sedarlah wahai diri. Tahun ni nak exam Professional. Haish!