30 June 2010

eh, eh kenape...

Uuullala… (sile nyanyi mengikut saya punya version…)
Hari-hari kerja saya adalah sekodeng lokasi sebenar SANG BULAN. Bagaimana??? Rahsianya adalah marinetraffic kan ada… nanti kalau kapal dah gerak pergi Europe boleh lah sekodeng gune vesseltracker. Kikiki. Hey, MR LOVELY DOVEY, I’m watching U over there. Tak mo noty-noty ok… Tengoklah saya tengah lambai-lambai awak ni. Can u see me right here, smiling at u??? *berkata pada diri : Tolonglah jangan jadi version gedik macam ni. Rasa macam nak tampar pipi sendiri laju-laju pun ade. Sila siapkan report tu* Ini adalah fi’il sementara, tidak berkekalan. Sebab saya tahu my day will become very hectic very soon after arriving at place (not palace ok) called USM. USM is stand for ‘UNIVERSITI SAYANG-MENYAYANG’
Huarghh!!! Nak nangis je rasa. Ingatkan pilih organisasi Jabatan kehakiman Syariah Johor sangat menarik. (tapi memang menarik pun) yang tak menariknya adalah menulis report. Too much to write. Sebagai langkah mudah, boleh tak saya nak copy paste je???? Oh, it’s still too much word to write. Saya tak suka la nak translate. Someone, please help me do this translation. It’s killing my brain. Wani, macam mane ko belajar law huh! Oh, takpe biar saya jawab sendiri. Serupa la mcam belajar medical & dental kan.. It’s all about term.

sape tah yg memandai buat equation ni.. they are so-called women as problem. how dare?? so i think man should plant their money like below… haha * takde kaitan dengan entry di atas.
tanam banyak-banyak. Bila dah banyak boleh kutip buat hantaran kawin… KIKIKI

27 June 2010

Anjing Tina

Wahaha… suka hati tak terkira hari ni. Hari ni merupakan “HARI MARATON BLOG SEDUNIA”. Untuk saya je la. Daripada buka mata sampai nak tutup mata dok layan blog orang. Sampai mak cakap ‘ betul-betul nak bela badan ni. Tapi badan macam tu juga’ HUH! Mak betul-betul perli orang eh. Tengok la nanti orang da gemok sikit, orang gusti mak. Ok, balik pada cerita asal. Tapi, hari ni special sikit sebab saya layan blog-blog cinta orang kapal. Ada tu wife dia ikut trip sekali. Paling syok honeymoon atas kapal, hari-hari tengok sunset. Romantiknya. Haha Tiba-tiba tadi SANG BULAN saya call kan. Jeng-jeng. Mula la tu nak tanya soalan gedik. Haha
Terpaksa blur kan panggilan untuk saya dan SANG BULAN dengan *** sebab saya terhidu budak under age baca blog ni. Haish!
.
.
.
Saya la tu  : ***, kapal  *** kan kalau belayar boleh bawa wife sekali tak??? Hehe
SANG BULAN : kenape?
Saya la tu  : Nanti kan kalau kita dah kawin kan, orang nak ikot. Hehe *sambil ketawe gedik di situ*
SANG BULAN : Ish, tak payah nak gatal-gatal. Duduk kat rumah diam-diam. *** keje je doctor tu.
Saya la tu  : Ala…kenapa? Bukan nye orang ikut belayar lama-lama. Sebulan ke. Ikut la 2-3 trip. *ketawe gedik lagi*
.
.
.
Cik BULAN terus-menerus memberi alasan, tetap tak bagi saya ikot. Konon-konon kena jadi captain dulu, baru boleh bawa wife naik kapal. Pastu orang suruh cepat-cepat jadi captain tak nak pulak. KEDEKOT! Tapi nak buat macam mana kan, orang ni kan mendengar kata. last-last orang ikot juga cakap awak.  Dah la ejek orang punye gelak. Siap la nanti jumpe. Makan la sepit ketam banyak-banyak. Grrrr…
FULL STOP. Tak mo dah cerita pasal SANG BULAN.
Okey, memandangkan sekarang ni tengah musim world cup. Mari kita celoteh sikit pasal wc ni. HAHA. Saya memang tak booleh lupa WC 4 tahun lepas. Adik bongsu saya pun sibuk nak join. Masa tu tak silap umur dia 5 tahun. Nak diikutkan saya bukan lah peminat tegar bola sepak. Layan-layan je. Ada orang tengok, kita tengok. Kebetulan masa tu Argentina tengah beraksi. Menentang pasukan mana tu tak pasti pula. Yang saya ingat masa tu dorang dok kecoh pasal pemain veteran Argentina yang nak retired. Ntah apa nama pun dah lupa. Tiba-tiba ada suara budak kecik nak join gak. “Amir sokong Anjing Tina” Tak pasal semua terus senyap, pandang kat budak kecik ni. Ulang balik Amir. “ Amir sokong Anjing Tina” Ramai-ramai gelak. Jom lepas ni kita layan Anjing Tina lak. Rabak perut masing-masing gelak malam tu. Nasib mak tak bingit kan. Amir, Anjing Tina tak pernah join World Cup la sayang. Anjing Tina tendang bola pun tak tentu pandai lagi. Argentina la Amir oi.

26 June 2010

kite ade adik perempuan, awak ade ke?

Em, cuti makin berkurang. That’s mean sekolah dah nak mula. Jantung makin rasa macam nak meletup. oH! Tidak. Saya tak mahu balik U. Mahu terus-terus cuti. Mahu terus-terus duduk rehat saja. Boleh kan. Tak nak masuk clinical phase yang mengerikan, tapi saya nak grad. Boleh kan???
 
Rutin harian di rumah seperti biasa. Hari-hari aktiviti wajib saya melayan adik perempuan saya yang seorang. Tak pun sikatkan rambut dia sebab adik saya ni malas nak sikat rambut. Kalau saya tak nak layan pun saya kena layan dia juga. Nama dia Lyn, ni nama glemer la… Adik saya ni sangat sengal. Tapi saya suka. Kalau rasa nak marah, rasa geram especially makan hati dengan kakak, saya lagi suka bercakap dengan adik. Secara tak langsung segala perasaan marah, geram yang serabai bagai tu reda. Kalau dia takde maka bermulalah episod pendiam saya. Tapi, saya memang pendiam pun. Haha Tak percaya ea??? Hari ni saya layan lagi adik saya bercerita. Kisah dia dengan kawan-kawan dia. Memang sengal. Saya layan je. Macam biasa nombor Maxis saya pasti jadi mangsa bila dia nak kenekan kawan dia. Dah paham sangat dah. Tak nak bagi pun kene bagi juga. Setiap hari Rabu pula saya mesti kene teman dia pergi pasar beli karipap sardine. Adik saya ni memang “HANTU KARIPAP SARDIN” Dah la kena teman, kena pau lagi. Tapi takpe… adik saya juga. Ape pun saya sangat gembira sebab ada seorang adik perempuan. Tu je nak cakap sebenarnya.

P/S : Amir, tolong jangan jeles sebab Nana ada adik perempuan. ;)

* takde mood nak upload gambar. lain kali kita kasi upload banyak-banyak.

FS versi kuno

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang
Kerna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang kerna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Kerna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku 

Suka gila lagu ni. Not only bcz of die punye lirik, tp rhythm dia pun cam sedap nak layan. Nak letak kat wall, so bile on blog lagu ni boleh la keep playing on the air. Tapi blog dekat fs ni sedikit ngokngek, maaf bukan sedikit. Tapi banyak. So kalau letak nanti buat sakit hati. Lalala. Adik saya yang hensem yg bercita-cita nak jd PM tu dah lama suggest. Tinggalkan je la blog fs buruk ni. Takde pekdahnya, beralih kepada yang lebih mudah dan canggih, blogspot. Haah, memang canggih-manggih, header, background pun boleh create sendiri, apa lagi? Senang kata semua boleh la. Tapi, buruk-buruk ni la yang saya sayang. Saya kan setia, tolong jangan ragui pengakuan ni eh. Hehe Tapi takmo dah setia yang membabi-bute tak tentu hala. Haha em, lagi satu yang susah tu la bagus, baru ada cabaran. Hiks. Tipu sey, suke sangat la tu pada cabaran konon-konon nya. Diary buruk ni dah lama saya guna, so biarkah orang nak kata apa. Nak kata tak maju betul pakai fs. At least, I’ve got some reason untuk terus buka fs hari-hari. padahal orang semua dah tak layan fs.Hahaha Unless boleh export semua yang saya coret-coret ni, mungkin saya akan berpindah haluan. (see, still consider as loyal eh cume tak membabi-bute da…kikiki)
Haaa…nak kongsi sikit. Tadi duk meraba-raba kat google terjumpa pepatah ni by Pahrol Ahmad. Tapi pepatah ke??? Layan…

Cinta yg dicari adalah baik, tetapi cinta yg hadir tanpa dicari adalah lebih baik. 
Betul ke??? Sesungguhnya yg di atas lebih MAHA MENGETAHUI. Mode hari ni nak senyap je. Malas nak cakap. Malas nak cakap tau, bukan menaip. Orang tanya berpatah-patah, saya jawab sepatah. Kalau rasa soalan tak releven langsung, sorry malas nak jawab. Oh kenapa rindu sangat dengan orang jauh ni. Adui la. Eh, cepat-cepatlah balik USM. Banyak sangat masa free, makin banyak pula ruang nak rindu-rindu. Bencilah…(tetiba hati kata : eh, tak baik benci-benci. Rindu tu kan anugerah Tuhan. Orang lain ada ke rase??? Bersyukurlah anda..)

23 June 2010

awak, macam mane nih?

Amaran : Risiko membaca blog ini adalah atas tanggungjawab diri sendiri. Dilarang muntah kat sini. Tak suke, rase mual-mual blah cepat-cepat. Sekian, terima kasih.

Oh, macam mana ni…??? Saya rasa bila cakap dengan awak saya asyik jatuh cinta sekali lagi pada awak. Macam mana nie…Awak tak marah kan???

Ones said only the best man can go to sea, only best girl can be with the best man.
Am I the best girl???

22 June 2010

Heart's dream


How I wish I could love you more than u did
 How I wish I could trust you as u ever did
And how I wish I could have enough strength to face all this while…
How I wish…
And u deeply knows how I wish u are the one I share my life with.
And how I wish u can keep standing there
Coz I’ve no absolute reason for loving u

19 June 2010

kite layan kan jer...

Okey. Mari layan lagu sekejap yang dipetik daripada filem LAGENDA BUDAK SETAN. Sekadar suka-suka. em,tapi saya lagi suka lelaki punye version. Kenapa ye??? Pape pun JOM, layan…

Bila cinta kini tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini hanyalah nestapa
Di tinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan manisnya janjimu
Dan ku sambut itu dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi tinggalkan ku
Hilangnya cintamu menusuk hatiku
Hingga ku memilih cinta yang fana
Perginya dirimu merobek jantungku
Hingga ku terjatuh dalam harapan

***uh, dia datang lagi. Oh! Tolonglah jangan buat malam saya berteman air mata, tidur saya tak lena nanti. Kali ni tangan pula. Heating rub saya dimana ye? Takkan tak bawa balik? Serius, sakit sangat. Tuhan je tahu macam mana rasanya. Saya kira mungkin sebab excessive physical activity. Tapi ape yang saya buat ye??? Bingung.

Jumpa masa tengah google. Saya suka tengok. Jadi decide nak letak di sini. Sebab saya rindu orang jauh. Huhu

18 June 2010

tak gelabah cuma gabra je...

Hee.. baru selesai usha blog “akak lawyer” ni. Saya rasa macam nak gelak guling-guling pun ada. Rasa cam nak tampar pipi laju-laju pun ada. OH! DUNIA. Terima kasih Kak Talha. Saya memang komfem-komfem tak tahu benda alah ni. Ghupe-ghupe nya orang nak kawin pun kene melalui interview. Ke kat Johor je ye??? Masa baca tittle entry tu pun saya mati-mati membayangkan interview tu macam interview masa saya nak apply scholarship MARA & PETRONAS nak masuk UTP dulu. (oops…ni cerita lama. Hajat tak kesampaian nak bergelar cik engineer. Surat tawaran tu rasanya mak terus buang. Huhu) Gerun tau nak interview. Masa tu ada lebih kurang 2-3 panel. Dah la kena speaking. Bedal je la. Dengan nervous lagi. Aiyoo. Saya bayangkan kalau saya yang pergi interview nikah tu komfem da lencun dulu baru selamat jawab soalan. Haha Tapi macam kelakar bila Kak Talha cerita yang interview tu rupa-rupanya cuma kat kaunter. Berdebush! Apekah ini??? Bagi kamu-kamu yang takde idea apakah antara soalan yang ditujukan, maka saya nak kongsi la sedikit. Saya ambil contoh soalan ni dari blog kak Talha. Bakal husband dia kena soal Rukun Nikah, Rukun Iman, Rukun Islam, Doa Qunut. Kak Talha pula kene Mengucap dua kalimah syahadah dan bagitau maksudnya dan nyatakan apa tanggungjawab isteri kepada suami . Haaa…soalan da bocor ni. Macam mane? Ape pun kredit untuk kak Talha. Hehe ini baru je bab teori. Tapi bila difikir-fikir setakat teori semua orang boleh jawabkan. Orang tak habis sekolah agama pun boleh jawab. (syuutt…baca pelan-pelan je.Hehe. Saya la tu. Saya sekolah agama sampai darjah 4 je. Form 1 masuk asrama, terus berhenti . Alhamdulillah tetap menjadi orang.) em,praktikalnya macam mana??? Tak semua orang mampu laksanakan. Betul tak? Kalau tak percayakita lihat saja contoh terdekat yang ada disekeliling kita. Renung-renungkan…
A

yay! nanti dah tak rimas lagi.

YAY! Mak dah janji nak potong rambut saya. Saya sangat suke hati. Lama dah pujuk. Hehe (muka sangat suka & gembira) Lepas ni tak perlu rimas-rimas. Selalu kalau lepas potong rambut mesti kawan-kawan tanya. “eh, rosze potong kat mane?” Nanti saya jawab. Mak la yang potong. Rambut ni mak je yang potong. Orang lain tak boleh sentuh. Biasa lah mak potong memang ade style punya. Ade kawan tanya gak, “sekarang mak yang potong, habis nanti kalau dah kawin takkan nak suruh mak yang potong?” Saya sengih je. Kalau dah kawin, SANG BULAN la yang kene potong kan. Kan? Em, Paling saya tak boleh tahan ada kawan yang ingat saya budak “free hair”. Ei, tengok orang pakai mata la. Saya geram tau. Tapi saya buat-buat cam biase je. Sebab saya memang tak reti marah pun sebenarnya. Haha
Malam ni nenek belah abah saya ada buat majlis bacaan Yassin. Mak ajak ikut. Saya onn je. Tengah siap-siap gosok baju abah cakap. “Kakak tak payah ikut la ye” saya diam je. Tapi tadi da janji dengan Han nak jumpa kat rumah nenek. Mungkin da lambat , abah nak sampai sebelum maghrib. Saya akur, terus menggosok baju. Sebab esok nak balik kampong lagi. Hari sabtu ni nenek nak buat majlis kesyukuran untuk anak-anak dan cucu-cucu dia. Ikut je la. Sebelum mak gerak balik kampong, mak pegang & kucup kepala saya. Mak cakap jaga diri. Lama dah mak tak buat macam tu. Tiba-tiba rasa bergenang-genang je kelopak mata ni.
mahu potong rambut! Lalala

16 June 2010

a week with my bestie...

5 June – 13 June 2010
Seminggu duduk bersantai di KL. Kesempatan yang ada tidak dilepaskan. Lama sebenarnya merancang nak jumpa kawan ni. Akhirnya dapat jumpa roommate lame setelah hampir 5 tahun tak jumpa. Banyak perkara kami buat. Tapi yang paling wajib ialah GIRL’S TALK. Maklumlah berchatting dengan cerita face-to-face ni berbeza tau. Cik BULAN siap ingatkan saya. Hati-hati takut nanti free-free dapat dosa. Hee. Lepas tu Cik BULAN cakap jangan borak lama-lama, kesian kawan nak kerja esok. Eleh, saya tahu awak jeles. Sebab saya tak layan awak sangat. HEHE. Takmolah macam tu, bukan selalu saya jumpa kawan. Pape pun awak tetap kat hati ni tau. HEHE Malam sebelum pergi rumah Aini, saya tidur di rumah kawan kat Ampang dulu. Ahad malam baru Aini jemput. Lepastu kami pergi downtown. Saje cuci mata. Ada yang menarik, kaut. HEhe Hari pertama di rumah Aini, tak buat apa-apa sangat. Malam tu Aini bawa saya makan di Pandan Indah. Saya orderNasi Goreng Thai. Not Bad la. Berbeza dari Nasi Goreng Thai yang biasa. Perut kenyang kami pun balik. Esoknya seperti biasa, saya kat rumah seorang diri. Aini pergi kerja. Petang tu Aini bawa pergi Taman Pudu Ulu. Aini nak jogging sebenarnya, tapi saya malas. Kesian Aini, tak kesampaian nak jogging sama-sama. Jadi kami jalan-jalan, borak-borak, main buaian dan paling best tengok gelagat orang. Kalau tak percaya cuba la buat. Duduk satu tempat yang selesa dan cube perhatikan perilaku orang sekeliling. Seronok. ;) 


 
Petang-petang seterusnya saya masak untuk makan malam. Saya tak de lah pandai masak, tapi saja nak seronok je. Lama tak jumpa kawan, dapat masak macam ni & makan same-same pun seronok.
Khamis petang saya tak masak. Kita makan lauk tunjuk. Hehe.
YAY! Hari Sabtu. Kami jalan-jalan KL. Memandangkan sekarang ni musim cuti sekolah kami decide naik LRT je. Takdelah nak bersesak dalam jam. Kereta parking di Bandar Tun Razak. Tak sangka dalam LRT boleh jumpa cikgu masa zaman sekolah menengah dulu. Tak sangka cikgu ingat nama saya lagi. Maklumlah,Cikgu tu tak pernah mengajar kelas saya. Tambahan pula da hampir 8tahun saya tinggalkan sekolah tu. Rasa bangga pun ada.Hehe. Destinasi kami adalah Masji Jamek. Ape lagi, shopping la. Semua kedai kami masuk. Shopping memang seronok, tapi kalau poket tebal lagi seronok. Hehe Lepas penat berjalan nak tengok movie pula. Kali ni nak tengok KARATE KID kat Cheras Leisure Mall. Ingat nak tengok pukul 9.30, last-last penuh juga. Kami pun layan midnight movie. Masa on the way nak balik ke Bandar Tun Razak, kami duduk depan satu family ni, ada ibu,ayah dan sepasang anak kecil. Mak dia cantik. Haha. Tak habis lagi topic “Beuty & the Beast” kita rupanya ea. Saya saja main-main mata dengan anak perempuan akak tu. Em, takkan nak main mata dengan husband akak tu. Mula-mula adik tu macam malu, lama-lama dia suke pula. Aini singgul saya. Dia kata anak laki dia tengok saya je. Haha. Adik, kecik-kecik da pandai usha awek ea. Kami layan je. Bila da nak sampai destinasi, saya lambai-lambai kat adik tu. Bubye adik. Yang lawaknya rupanya kami berhenti di stesyen yang sama. Apekah? Layan…
Sementara tunggu movie nak start kami pergi cari hadiah untuk bf Aini. Lepas tu kami dinner dulu. Makan di A&W. kelakar tengok gelagat waiter kat kaunter tu. Ingatkan perempuan. Rupenye “Girl wanna be”. Haha. Dah la kelam kabut. Orang order twister fries, dia letak fries.rugi tak ambil gambar orang tu.Layan… rosak diet Aini minggu ni.

 
agak-agak, layan makan kat sini bes tak??? hehe
Lepas kenyang kami layan amek gambar sama-sama. Da boring kami layan Baskin Robin lak. Nyum. Nyum. Lepas abes tengok cite kami terus balik rumah. Mata da ngantuk.

When the girls start using their camera, this will happen.

13 june ~ kami gerak pergi Kajang. Petang ni nak balik Jb da… before tu pergi Putrajaya dulu. Aini belanja makan nasi ayam…Memandangkan bas terkandas di KL, kami pun pergi tengok orang main layang-layang dulu. Bukan budak yang main, tapi bapak budak. Chinesse pun boleh tahan ramai yang main. Siap offer kitorang lagi. Cuaca tak berapa baik, nak hujan lebat. So, kami gerak lepak di rumah Huda dulu. Pukul 7.30 baru bas sampai. Haish penat 3 jam ½ menunggu. 

 
Dengan Huda layan layang-layang. Aini as camerawomen

MASUM 2010 ~ no picture will be added until come back to USM.wewee

Lama rasanya tak update blog ni. Have been busy with my netball lately. Ditambah pula dengan laptop yang buat hal. Kesian saya. Terpaksa mengemis pakai laptop orang. Common la Mr Lappy, saya da habis six hundred, tetibe awak jadi kelam pula… sedih saya.

21 May 2010
kembali pulang ke USM tercinta untuk meneruskan perjuangan. Kali ini sedikit berbeza tujuannya. Seminggu menjalani training untuk netball.Kaki saya injured. Acid lactic keep on accumulate. Habis timbullebam sane – sini. Tapi saya sedikit pelik, I’ve never encounters with this before. Saya Tanya pada Miss Gan (coach kami)… Dia kate maybe sebab we all keep on training atas hard court. So I just experienced the pain below the knee level. Serius sakit wooo… tulah, cuti panjang malas nak jog. Padan muke!

27 May 2010
Alhamdulillah, after facing with so many obstacles kami bertolak ke KL. Even ni kali pertama kampus kami incharge netball, we still could manage it well. Macam-macam kerenah dari induk. Bunyi macam lepas tangan pun ade. Masalahnya ape yang kamiminta adalah hak kami. Jangan ingat kami bodoh & tak tahu. Tu pun susah juga nak settle. So, we all decide tak nak susahkan our team manger, Kak Nor & coach, Miss Gan dengan masalah remeh temeh kami ni. We try to reduce dorang punye stress. Betul kate mak, orang yang banyak alasan ni memang tak boleh dipercayai. Sesuailah tu, lepas ni time buat post-mortem boleh la kita ramai2 condemn induk punye management.

28 May 2010 – 4 June 2010
seminggu juga kami berkampung di UM. Sampai Abe lah & Abe ji (driver bus USM) cakap kontijen dr USM paling kuat jalan. Setiap malam kami pasti keluar.Kalau game pagi lagi lah tak payah sebut. Lagi aktif semua berjalan. 31 May celebrate birthday fiza junior. Actually malam tu da plan baik punya dengan Miss Gan. Bodek punya bodek our beloved coach Miss Gan pun setuju nak sponsored 50inggit tok beli kek. Selebihnya kak Nor yang tambah. Hasilnya Kek coklat Moist yg sangat lazat & pizza. Serius tak larat nak habiskan. Banyak gila. Bercakap pasal game, actually coach tak berape puas hati dengan perfomence kami. Serius, aku pun rase main dull gile. Tp,selepas 3 game akhirnya kami semua seolah-olah mendapat nafas baru. Lepas 3 game baru nak dapat rentak??? Haish. Bermain dengan penuh semangat. Yang paling tak best aku & zira injured. Kami tahu coach risau. Coz both of us from defender punye side. Ditambah dengan si Fiza sakit shin lg. Setiap malam Miss Gan urutkan kaki kami. Terharu beb! Rasa macam jadi player kesayangan. Even tak pernah kena pampered, main bagus pun tak pernah kena puji taw. 2 June kami ramai-ramai hantar kak sya balik. Sedih sangat. Tapi masing-masing cover. Haha lepas ni tak tahu bile lagi dapat jumpe Kak Sya. Ada rezeki kite jumpe lagi. Tak sabar nak rasa menu free kak Sya. Walaupun tidak berjaya bergelar johan. Tapi kami puas. Biar jadi pengajaran buat kami semua. Kerana perbezaan1 mata kami kekal tewas. Mudah-mudahan next year Kampus Kesihatan still memegang centralization untuk netball.
Dalam masa ini juga kami sempat meluangkan masa menonton wayang bersama-sama. Ini adalah antara aktiviti WAJIB bila bersama team. Kali ni kami layan cerita Prince of Persia(PoP) & Lagenda Budak Setan (LBS). PoP memang thumbs up la. Semua unsurada. Tak rugi tengok. LBS pula sedikit mengecewakan. Tak salah kalau aku gelarkan LBS ni as Malaysian Hindustan punye movie. Tapi tulah siapa lagi nak support industry sendiri if orang kita sendiri tak tengok kan. Lepas ni LBS part 2 ke part bape sekali pun dah tak nak layan. Yang jadi seronoknya masa tengok LBS tu kami macam berborak pula dengan malaun yang duduk di seat hadapan tu. Tu dia bila Lisa Surihani start pronounce word yang ade “R” macam cemburu. Bunyi ala-ala utara la kalau nak cover kan. Hehe Marah orang utara masa tu. Part awek cun tertelan cicak pun best gak. Masing-masing dadok pegang leher. And the best part rasanyapart Que Haidar. Tak tahan kami nak gelak. “Aku sayang kau la, bodoh”. Psycho gila.Orang kata cerite stiletto pn lebih kurang macam tu. Iklan je Nampak gempak tapi jalan cerita lemau. Tapi sesungguhnya aku sudah arif yang kebanyakkan movie yang diadaptasi dari novel sememangnya hambar. Thats my point of view, terserlah kamu pula macam mana???
Ok, pen-off. Until the pen meet paper again. Next story will be released soon. Terlalu banyak perkara berlaku lately. ;) 

Team paling segak atas court. Menang melaram, main pun kene menang.

The most gorgeous team…KIKIKI