12 July 2008

Dalam semua musim, Alalh selalu penyayang

Teman-teman itu saudaraku..dan aku mencintai kamu kerana Allah..
Uhibbukum fillah abadan abada…
Ya Allah,
barakahilah bagiku dlm keluargaku,
dan berilah barakah mereka kepadaku.
Ya Allah,
kumpulkanlah antara kami apa yang Engkau kumpulkan dengan kebaikan,
dan pisahkan antara kami jika Engkau pisahkan menuju kebaikan…


Aku tak setabah Sumaiyyah,
Tak selembut Siti Aisyah,
Tak semulia Siti Khadijah.
Aku,
Tak se-solehah srikandi-srikandi rasulullah..
Maafkan aku kerana tak sempurna..
Mampu apalah aku jadi penyeri dunia..
Layak apalah aku jadi bidadari syurga..
Aku tak impi apa kau lihat zahirku,
Aku tak impi apa kau faham batinku.
Syukur tawa itu penawar duka.
Moga tangis itu penghapus dosa.
Andai esok aku mati,
Setidak-tidaknya aku cuba perbaiki..
Andai esok aku mati,
Setidak-tidaknya aku pernah rasai,
Waktu-waktu menyeksa
Dalam sakit aku mencuba
Ya Allah,Kau selalu ada…..

ya Allah,thanks for the strength, please take away my past..and give me something sweet to remember this Ramadhan..
“dalam semua musim, Allah selalu penyayang…”