"Inside every woman’s heart is a girl who dreams of a prince charming. Maybe not the perfect one she imagined when she was a kid, but someone who can appreciate and love her for who she truly is and sweep her off her feet."
19 April 2011
18 April 2011
PHD
Hidup itu pasti ada putaran yang tersendiri. Ibarat roda, kadang kita merasa duduk diatas. Kadang kita jatuh dibawah, merasa kecewa, derita dan sengsara. Takdir Allah itu Maha Adil bukan??? Jadi mengapa perlu ada perasaan cemburu melihat kesenangan dan kebahagiaan orang lain.
"Mengapa aku tak sebahagia macam si pulan?"
"Mengapa aku yang perlu bersedih kala si pulan gembira???"
"Kenapa si pulan..... Kenapa..???"
Pernakah kita fikirkan dimana rasionalnya??? Adakah ini yang dinamakan penyakit "PHD". Aku tak pasti.
Aku gembira melihat rakan-rakan gembira. Rasa bahagia. Deritamu cuba rasa. Deritamu cuba diselam. Tapi andai senyuman ku mengundang deritamu, maaf ku pinta. Adakah aku tidak pantas merasa bahagia??? Mungkin aku harus percaya, kau sememangnya bukan teman terbaik. I'm totally don't have any idea on what you are think about.
"Mengapa aku tak sebahagia macam si pulan?"
"Mengapa aku yang perlu bersedih kala si pulan gembira???"
"Kenapa si pulan..... Kenapa..???"
Pernakah kita fikirkan dimana rasionalnya??? Adakah ini yang dinamakan penyakit "PHD". Aku tak pasti.
Aku gembira melihat rakan-rakan gembira. Rasa bahagia. Deritamu cuba rasa. Deritamu cuba diselam. Tapi andai senyuman ku mengundang deritamu, maaf ku pinta. Adakah aku tidak pantas merasa bahagia??? Mungkin aku harus percaya, kau sememangnya bukan teman terbaik. I'm totally don't have any idea on what you are think about.
Don't compare your life with others because you don't have any idea what their journey is all about.
16 April 2011
a little but mean a lot
YOU make good times even better.
hidup harus macam pelangi. even die tak selalu ade, hidup mesti ceria!
Cacing panas!
2 hari dah macam cacing kepanasan, plus dengan tekak yang terasa sangat tak selesa. Ni semua gara-gara makan durian low standard 3 ulas… Nasib tak demam je. Bukan nak kata diri ni demand, tapi da body reaction memang gitu la kan. Musim durian yang tengah panas ni, memang ramai la orang yang keluar cari durian. Tapi benda ni jarang berlaku dalam family aku. Tak pernah kot senang kata. Adik beradik semua memang allergy dengan durian. Dulu zaman awal-awal kenal durian, memang kami adik beradik pelik la tengok durian tu. Apesal bau dia macam tu??? Bila makan lagi la. Kakak yang paling significant sekali. Baru seulas masuk dlm mulut, terus muntah. And the next day terus demam. Yang lain pun macam lebih kurang. As conclusion, kami sekeluarga bukanlah penggemar tegar durian. Tapi aku dengan Jemi biasanya memang akan belasah je la kalau abah beli durian. Dah 2 orang yg makan, confirm abah akan beli yg outstanding punya durian. Yang warna nak keemasan, saiz pun segenggam tangan ni kan. Rasa dia “wa cakap lugi la law lu olang talak makan”… Hehe. Beli pula yang dah siap buka, memang ngap je la. Bagi sesetengah orang tak berapa suka beli yang ready made nih, konon nya takde feel. Kami orang lagi suka, senang nak makan.
I really need a holiday. Wanna go home. Time, please run faster!
12 April 2011
I'm a positive thinker
Pernah tak kita rasa , betapa penatnya hidup ini? Betapa deritanya kita untuk kita harungi hari-hari yang penuh rintangan??? Mengapa disaat ini terasa seperti terbeban??? Mesti pernah bukan… tapi pernahkah kita fikirkan bahawa setiap apa yang kita rasa sebenarnya juga dirasai oleh orang lain. Derita kita mungkin tidak sederita orang lain. Penat kita tak sepenatnya orang lain… apa yang kita harus harungi tidak sehebat dugaan yang orang lain perlu hadapi. Berfikirlah secara positif nescaya hidup akan lebih bermakna. Itulah yang aku cuba pegang. Saatku jatuh, mungkin tiada siapa disisi untuk menghulurkan tangan. Saat itulah aku harus bangun sendiri, menguatkan semangat yang luntur. Jangan hanya pernah mengharap, hari berlalu semakin dewasa meninggalkan kita.
11 April 2011
09 April 2011
Kisah pesakit yang degil.
Ni la sifat manusia, dapat benda free tak reti nak hargai. Orang panggil buat rawatan tak datang. Konon sibuk la. Itulah, inilah. Lagi bes, tak nak datang punya pasal sanggup off hp. Bagi msg, tak reti nak reply. Kalau betul ada urusan, kenapa tak dimaklumkan awal-awal. Kan lebih mudah macam tu. Tak ke menyusahkan orang lain namanya. Dia ingat klinik ni “KLINIK MAK BAPAK DIE PUNYE SUKE”. ..Bila da susah tahu pula nak cari kita balik. Dengan tak tahu malu nak buat request lagi.
“Dik, Ahad tak boleh ke???”
“Bukan tak boleh kak, saya ada patient lain nak buat” ( kalau aku jahat, mungkin aku da cakap, akak ingat besor sangat ke pangkat nak redah je)
Dalam keadaan yang mamai, sempat juga aku membebel. Sorry la kak. Bukan perli, tapi sebagai pengajaran. I’ll try to give the best, tapi nampaknya pesakit tak reti nak hargai apa yang kita buat. Saya tak minta bayaran pun kak. Kalau pergi klinik kerajaan, saya gerenti cabutan paling layak untuk gigi
akak tu. Pernah ke dorang ni fikir???
Tak tahu la nak gelakkan ke nak kata apa. Geram pun ada sebenarnya. Kesian pun ada. Nasib ko patient buat rawatan dengan orang yg masih ada hati perut macam aku ni. Kalau tak selamat jalan la. Ko pergi la jumpa Dr lain buatkan. Bila kena bayar mahal mungkin kau tahu nak hargai benda tu.
08 April 2011
Adakah kita pemburu kecantikkan yang fatamorgana???
Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun.
Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk dijadikan pasangan hidup kita
Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik.
Tetapi ada juga mereka(orang yang baik) yang menolak pilihan orang yang baik bukan? Yang menolak pasti bersebab.. Mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w.
Pengaturan Tuhan itu Maha Adil, pasti cantik mengikut masa dan ketetapanNya. Pasti ada hikmah disebaliknya bukan. Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya
Sebaliknya jika anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya, maka syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat.
Namun ada juga anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya? Tepat! Itulah takdir! Takdir Allah bahawa orang itu bukan jodoh mereka. Mungkin Allah menentukan ‘orang baik’ lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula.
Jika takdirNya pahit untuk di telan, terimalah sebagai ubat. Kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya pasangan kita bermasalah, bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga.
“Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga”
p/s: Orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana.
Dipetik dari Bercerita tentang jodoh, Ustaz Pahrol Ahmad. Moga diri ini tidak jemu memperbaiki diri. Memperbaiki itu pasti pedih dan menyakitkan, tapi pasti ada keindahan yang hakiki dan abadi.
I'm fully recover!
Tonsillitis + pericoronitis = unease, discomfort, dysphagia, coughing, fever, sneezing
10 days dating with PCM + thymol gargle + a call from MR.LD = a few days later regain health
I’m wondering when I could talk with U again…
One of my patient asked me "Dr. marah ke???" and I answered no & why. He further asking me "pakcik dengar suare awak lain, ingat Dr marah tadi." "taklah cikgu, saya kurang sihat. So suare ni rock sikit" This pakcik really have hati-seorang-pendidik. You remind me my favourite math's teacher. I loved to skip my PJ classes only to have extra-class with her. Its honour for having u as my patient. TQ cikgu.
01 April 2011
Mutiara hidup.
Kata pujangga , hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini. Hanya mereka yang benar-benar sabar mampu melepasi dugaan yang datang melanda. Sekalipun terlampau banyak rintangan yang harus ditempuh. Banyak perkara yang harus dikorbankan. Sekalipun terjatuh di saat kita berusaha untuk bangun. Ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi. Cukup hanya sekali. Kita harus tetap yakin hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok, meski esok tidak mampu mengubah apa yang telah terjadi pada hari ini. Biar sekali pun panjang jalan yang harus di tempuh, perlahan merintis nya jangan sekali hingga menggadai prinsip. Kerana hidup ini ada warna-warni nya. Yang telah ditentukan. Walaupun ia tidak cantik oleh pandangan tetapi ia tetap memberi sejuta makna.
Seandai dirinya tercipta untukku, rela kumenjadi miliknya.

