Selase, 18 November 2008. Jam meunjukkan pukul 4.00 petang. Dihadapan kaunter Jabatan Radiology. Duduk bersahaja sementara menunggu our “beloved doctor” untuk present case. ~ disebaliknya ada cerita. Mungkin aku akan ceritakan pada entri akan datang (tu pun kalau berpeluang menulis).
Bukan main mulut masing-masing. Pot-pet,pot pet. Riuh sebentar jadinya suasana. Masa ni semua bukan main mulut, tapi bila masa PBL (problem basic learning) semua kunci mulut. Suruh jadi moderator, jari masing-masing sibuk menunding kearah orang lain. Ada je mangsa-mangsa mereka.Just left it.haha
Apa yang menarik di sini, isi apa yang kami borakan.
Guess what? Mungkin ramai antara kita juga pernah berdiskusi mengenai isu ini.Ya. Cita-cita. Memang nak gelak besar bila dengar cita sorang-sorang tu.
Aku? Aku pernah bercita-cita hendak menjadi seorang polis trafik.
Pengakuan tegas dan disambut dengan helaian gelak tawa.
*Ok.korang gelakan aku ye. Its ok. At least ada la juga cita-cita kan.haha*
Wanna kno why? Aku sangat tertarik dengan pakaian seragamnya. SMART!Ya! Itu lah yang aku bayangkan. Aku dengan seragam polis trafik.hahaa. Tiba-tiba, rakanku mencelah. “aku pulak mase kecik nak jadi pengakap”. Hahaa! Lagi besar deraian tawa kami. Budak-budak kan. Macam-macam cita-cita. Tak tahu kenapa petang tu masing-masing jadi gila. Ketawa menjadi teman seketika.
STOP! Letih perut & mulut ni.
Lupekan!
Aku harus sedar yang aku sedang memburu cita-cita lain.
Mengejar untuk bergelar sebagai doktor gigi.
Sungguh! Aku tak pernah terfikir untuk ini. Semulia cita-cita, aku hanya mengimpikan untuk menjadi “chemical engenineer”. Tapi, akhirnnya terpaksa aku kuburkan. Jangan cuba tanya kenapa ok. Sepertinya, layakkah aku untuk bergelar seorang doktor? Ya.ya. soalan sebegini la selalu membuat aku takut. Seperti mahu sahaja dihentikan langkah kaki ini, mungkin ke sudut lain pula. Tapi, ke mana ya?
Seorang doktor milik seluruh masyarakat. Huh! Ya. Bermaksud tanggungjawab aku menjadi semakin besar. Sepertinya, lebih indah untuk aku ulangi zaman kanak-kanak.
Detik-detik itu jauh lebih indah. Lebih seronk untuk dilalui.
Tiada bebanan. Tiada masalah untuk difikirkan.
Argh! Karut sahaja.
* kalaulah pintu doraemon itu benar-benar wujud!”*
Oh tidak! Manusia pastinya menjadi seorang pemalas seperti Nobita kan.
“The best way to waste your life is by taking notes. The easiest way to avoid living is to just watch. Look for the detail. Report. Don’t participate!”

my PBL mates. I'm NOT HERE cz I'm the one who SNAP the pitcure. ;)