Hari ini dalam sejarah… hehee
Takde la sejarah mana pun. Hari-hari yang dah berlalu memang adalah sejarah.
As ussual, around 5am dah bangun. tapi, hari ni a bit late. Di buai mimpi yang indah kot.
Walhal tak mimpi ape pun. heee.
Buka je mata, mestilah tengok handphone dulu.hehee
2 New Message. Hati dah tertanya-tanya. Sapekah?
Dengan pantas membaca sms tersebut.
” lecture esok postpone pukul 9.30am. then, lecture dr.abdullah cancel.dr kurang sehat”
huahuahua. mahu gembira atau bengang ek? cant express my feeling lorh.
suka sebab kelas postpone pun tak gune, nanti ada lecture ganti lak. wahwahwah
ni la paling aku tak gemar. minggu ni je da 4 lecture postpone. apa bole buat.
Dalam lecture hall lak tak payah cite. Asal masuk lecture kedua je, mate ni da buat hal.
Mula-mula menguap je. Lame-lame mate ni lak kene dodoi. Minta maaf la doctor ye, bukan sengaja. haha. Ikutkan hati nak je di landing kan kepala ni kat meja, meja pun da nampak macam tilam je.. tapi apakan daya.
Dah le kitorang ni 50 orang je, confirm - confirm la lecturer tu pasan. Lagi-lagi duduk depan.
Sekilas tersedar, rasa macam kene tenung lak dengan lecturer tuh. Tersegan la pula. ( aku je pasan kot, ntah-ntah doctor pandang pun tidak.wawawa)
2pm. masuk klinik. demo for tooth extraction & armamenterium (equipment untuk cabut gigi la) nampak semua cam playar je.. cume blade die je yg pelbagai. (teringat la plak cerite seorang insan ni, boleh plak die cabut gigi adik die gune playar kan. kejam betol haha)
doctor yg explain ni bagus, tp bole plak suare die slow kn. lemah betol den.
yang aku ni boleh la pula dok belakang, terjengket-jengket le nak dengar apa doctor tu explain.
Selesai demo, aku melarikan diri ke library. dengan niat yang berkobar-kobar nak cari buku la kan.Mana ade orang pergi library nak tidur kan. masalah-masalah..
Dekat 1 jam gak aku dok pusing-pusing cari buku. (Bukan banyak pun rak buku dental. Ada 2 rak je. kedekut betul la usm nih)finally jumpa gak la buku yang menarik nak di baca. Of course la buku yg banyak gambar kan. hehee.
Dengan muka bangga aku pun bagi kad matrik & buku-buku tadi kat kaunter pinjaman.
pastu abang kat kaunter tu dengan lembab je memberitahu… ” dik, system offline lah”
” Em. agak-agak lama tak?” “rasanya lame la juga..” selamba je die jawab ek.
” agak-agak malam ni da ok tak?” ” rase sampai malam pun tak ok lagi ni”
aku cm nk menjerit je. Bengang nih. 1 jam tau aku cari buku nih. Last-last itu yang aku dapat.
Aku rasa pasni usm patut tutup la library tu. tukar nama jadi muzium je. so, next time aku da tau kene bace buku dalam tu je.
Dari aku berbengang-bengang tak tentu pasal, baik aku pergi cari makanan. Makan pun sodap.huahuahua (da makan banyak pun, badan cenggini gak. kuang3)
petang tadi episod akhir cerita matahari. Aku sebenarnya bukan la pengikut setia cerita tu pun, kaki tv pun bukan. Tapi, memandangkan semalam da tengok, alang-alang tu nak tahu la gak ending tu macam mane kan. Sadis betul la dengan ending cerita tu. Suspen je lebih. Hampa aku. BENGANG? buang mase je bengang ni. Kalau dekat Bollywood nih, aku comfirm produser cite tu da kene serang. wawawaa
Kesimpulanya hari ini adalah hari yang menghampakan. Bila rasa tak seronok, kene la makan. Dan kerja aku hari ni asyik makan. wawaawaa