Telah Kau kurniakan aku suatu rasa,
Rasa yang abadi,
pengikat kasih antara dua insan…
Rasa yang abadi,
pengikat kasih antara dua insan…
Semalaman aku berfikir, dimanakah dia ye. Sehat ke sakit ke.
Moga-moga dia sihat dan baik-baik saje.
Em, mampukah aku bertahan ya Tuhan.
Moga-moga dia sihat dan baik-baik saje.
Em, mampukah aku bertahan ya Tuhan.
Penantian yang begitu lama. Mencabar segala rasa.
Rindu kian menebal. Tapi, aku sabar lagi.
Menghitung hari-hari yang bakal aku tempuh tanpa dirinya.
Tapi, sejauh manakah kesabaranku ya Tuhan. Aku takut.
Rindu kian menebal. Tapi, aku sabar lagi.
Menghitung hari-hari yang bakal aku tempuh tanpa dirinya.
Tapi, sejauh manakah kesabaranku ya Tuhan. Aku takut.
Jika benar telah Kau ciptakan dirinya untukku,
Kau dekatkan lah hati ini dengan hatinya.
Kau titipkan kebahagiaan antara kami, agar ia kekal abadi hingga ke syurga.
Kau berikanlah aku kekuatan. Kerana aku sering dihurung ketakutan.
Kau dekatkan lah hati ini dengan hatinya.
Kau titipkan kebahagiaan antara kami, agar ia kekal abadi hingga ke syurga.
Kau berikanlah aku kekuatan. Kerana aku sering dihurung ketakutan.
Buat kau yang jauh di mata,
Aku akan tetap menunggumu. INSYAALLAH.
Moga apa yang kita harungi mengeratkan lagi rasa antara kita.
Dan aku tak sanggup untuk kehilanganmu,
Kerana aku benar-benar kasih, sayang dan cinta padamu.
Doaku, moga kau selamat dan sentiasa di bawah lindunganNYA. AMIN..

*** Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya kerana keelokan paras boleh menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaanya kerana kekayaanya boleh musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyuman dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga Allah pertemukan dengan orang seperti itu.