Lately bila on FB je, banyak betul orang yang upload gambar kahwin. Dan kesimpulan yang boleh di buat : Ramainya kawan aku yang dah kahwin. Pelik bin Hairan. Buat aku berfikir, dah tua sangat ke aku ni. Ramai benar kawan yang kahwin. Mungkin dah sampai seru masing-masing. Seru aku je tak sampai lagi.
Anyway, that is not the point. Cuma tergerak nak mengulas satu phrase yang aku terbaca masa tengah blog walking tadi. Blogger tu tulis
“Jodoh tu di kira 50-50 antara korang dan Tuhan. Kalau korang berusaha, ada lah. Kalau tak berusaha, mana nak dapat.”
Aku totally disagree la dengan Mamat ni. Bukan ke Tuhan tu dah jadikan manusia itu berpasang-pasangan. Jadi setiap yang lahir ke muka bumi Allah tu memang dari azalinya telah ditentukan jodoh dan ajalnya. Mengapa pula perlu 50-50. Main diskaun-diskaun pula. Tuhan nak bagi yang terbaik, kita sibuk minta diskaun 50% je yang baik. Em, kalau 50-50 yang dimaksudkan tu, maksud nya jodoh tu bukanlah jodoh dari Allah, ia mungkin dari Jin atau pun dari hawa nafsu semata. Macam yang kita tengok dalam “syurga cinta” tu. .. tak gitu. Kerana urusan jodoh itu dari Allah. Allah akan hadirkan tepat dan bila masa yang sesuai untuk kita bergelar seorang isteri/suami.
Actually seorang kawan pernah bertanya soalan ni pada aku. Tak lama juga. Ulasan aku sekadar yang termampu apa yang aku faham. Yela, aku sekolah agama pun tak habis. Nak cakap lebih-lebih tak boleh la. Cakap kena la berasas. Silap kefahaman menyimpang pula. Tak pasal nanti kate aku bawa ajaran sesat. Wallahua’lam. Yang aku pasti jodoh tu urusan Allah, kita hanya berusaha dan berdoa.
Lagi satu, sebut pasal doa. Kawan aku ni kata, dengan doa kita boleh minta Allah tukarkan jodoh kita dari si A kepada si B. Means apa yang dia fikir sama dengan apa yang mamat blogger tu tulis. Tu namanya doa orang kemaruk bercinta. “Ya Allah, Kau jadikanlah si A ni jodoh terbaik buatku” terang-terangkan kita yang minta. Sesungguhnya Allah tu malu nak menolak setiap permintaan hambaNya sebab tu dia makbulkan juga doa kita tu. Tapi bila tiada rahmah & mawaddah dalam rumahtangga tu jangan pula kita salahkan Tuhan. Kita juga yang minta. Betul tak? Sebab tu aku nasihatkan juga kawan tu. Jangan terlalu mengikut rasa. Berdoa lah kita seperti orang yang yakin dengan takdir Tuhan. Percaya pada Qada’ dan Qadarnya. Peringatan juga buat diri sendiri.
Lagi satu, sebut pasal doa. Kawan aku ni kata, dengan doa kita boleh minta Allah tukarkan jodoh kita dari si A kepada si B. Means apa yang dia fikir sama dengan apa yang mamat blogger tu tulis. Tu namanya doa orang kemaruk bercinta. “Ya Allah, Kau jadikanlah si A ni jodoh terbaik buatku” terang-terangkan kita yang minta. Sesungguhnya Allah tu malu nak menolak setiap permintaan hambaNya sebab tu dia makbulkan juga doa kita tu. Tapi bila tiada rahmah & mawaddah dalam rumahtangga tu jangan pula kita salahkan Tuhan. Kita juga yang minta. Betul tak? Sebab tu aku nasihatkan juga kawan tu. Jangan terlalu mengikut rasa. Berdoa lah kita seperti orang yang yakin dengan takdir Tuhan. Percaya pada Qada’ dan Qadarnya. Peringatan juga buat diri sendiri.
Jadi pda aku, Tuan punya blog tu patut kaji balik ayat dia yang “Jodoh tu di kira 50-50 antara korang dan Tuhan. Kalau korang berusaha, ada lah. Kalau tak berusaha, mana nak dapat.”
Em, nak kata andartu & anbutu tu tak berusaha la. Kesian la kat dorang. Mak aku pernah cakap, orang yang macam tu. Mungkin jodoh dia dah mati masa muda. Jadi orang tu pun tidak berkesempatan bertemu dengan jodoh dia. Maka jadilah dia macam tu. Wallahua’alam.
2 comments:
aah..rosze, ramai betul kawan2 da kawin and btunang..rasa macam da tua sgt...tp baru 24 kan..still muda, just kita tak smpai seru lagi..one day akan tiba jugak our time
dun worry...
..100% agree with u dear..ALLAH da tentukan jodoh dan ajal kita serta rezeki kita...cume kita kena berusaha ja dan berdoa..macam fadzilah kamsah ada ckp..kalu kita tak berusaha cari psgn kita smpai bial2 kita takkan jumpa....cth..kalu kita tunggu je jodoh kita..mmg xkan dapat...kena berusaha cari...macam rezeki jugak..walaupun ALLAH da tentukan rezeki kita..tp kita kena berusaha, bkerja keras semua, berdoa...
aku tak berapa ingat la..dulu masa skolah ada blaja ttg qada dan qadar..
cth:takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz dan ia dikenali
juga sebagai takdir mu'allaq. Mengikut K.H. Sirajuddin Abbas di dalam buku 40
Masalah Agama, takdir ini boleh berubah dari masa ke semasa, sebagai contoh,
jika seseorang telah ditakdirkan hidup hingga ke usia 60 tahun, dan beliau
sering menghubungkan tali persaudaraan dengan manusia, Allah mungkin menambah
umurnya melebihi 60 tahun. Atau jika seseorang telah ditulis akan memasuki
neraka kemudian di hujung hidupnya beliau bertaubat dan melakukan amal salih
dengan penuh keikhlasan, berkemungkinan beliau akhirnya akan dimasukkan ke
dalam syurga. Berhubung dengan ini Allah berfirman: "Allah menghapuskan apa
yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya
terdapat Ummul Kitab." (Surah Ar-Ra'd ayat 39)Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan
amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Tiada yang
boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali
perbuatan yang baik." (TIrmIzi)
*******
Dalam bab mencari jodoh, nabi sendiri menyuruh kita memilih pasangan yang
betul. Oleh kerana kita disuruh memilih secara yg betul, kita mempunyai
pilihan. Justeru, berusahalah dan dalam konteks perkahwinan berusahalah utk
mencari jodoh berdasarkan landasan agama dan mintalah petunjuk Allah
tentangnya. Allah tidak pernah menzalimi manusia."
wah...panjang pulak aku ulas...sikit2 je bagi pendapat melalui pembacaan...
wah complicated nye..
zmn skolah dlu ad la blaja qada' & qadar. form 5 klo xsilap. Tapi ape yg aku terbaca qada' bermaksud perkara yang akan berlaku dan qadar perkara yang telah ditetapkan sejak azali .Dan qada' tu terbahagi kepada dua iaitu qada' muallaf iaitu yang akan berubah manakala qada' mubra adalah perkara yang telah ditetapkan sejak azali yang merangkumi jodoh, ajal, rezeki dan beberapa perkara lagi. wallahua'lam. kne tanye yg pakar ni.Em, dat one dari nas sahih ke??
Post a Comment