04 July 2011

Sape nak jawab???


Kalau adik sendiri pun da kate muke kite same, sape nak jawab????

Mak nak jawab??
Atok nak jawab???

Haa..jawab, jawab.
Kan da xboleh jawab.
Bhahaa!

03 July 2011

Kuih KAPAL terbang!

Okeyh! Hari ni sempena weekend yang sangat cool meh kita update sikit.
Bangun pagi, gosok mate tapi tak gosok gigi lagi. Ngehehe
Em, sedapnya bau nasi lemak nih…sape yg masak nih??? DUSH! Hempuk pale sendiri. Confirm lah mak yang masak. Ada pulak tukang masak kat rumah nie. Hehehee..
Semalam ada orang request Kuih tiram@kapal terbang@layang-layang. Orang tu adalah Amir Afiq gemok busuk. Jadi hari ni kasi layan kita try buat. Zassssszz………!!!!!!!!!! Kredit utk Dapur Tanpa Sempadan utk cara-cara buat.
Okeh, sebelum pengebomam dapur mak dibuat, pastikan keadaan dapur adalah bersih dari segala bahan. Saya sangat tak suka masak kalau dapur serabai. So, everything need to be cleaned! Ok, DONE!

Bahan-bahan
Bahan A
500 g tepung gandum (agak-agak je. Tadi buat sekilo ada kot)
1 biji telur gred A, dikacau sedikit
2 camca besar marjerin/mentega
1/2 camca teh garam
160 ml air (kurang lebih)
Bahan B
6 camca besar tepung jagung*
6 camca besar minyak masak*(*disatukan dan kacau hingga menjadi paste)
Gula kastor secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuat:

  1. Penting nih! pastikan berkuku pendek. Kerana kuku yang panjang mengandungi banyak kuman. Lagi2 kalau tak basuh tangan.  Jadi nanti kuman akan tersebar dalam makanan tu. OKEYH?
  2. Basuh tangan sebersihnya. Macam scrubbing utk buat medical procedure tu…
  3. Bancuh bahan B hingga rata dan ketepikan. Tadi tepung jagung takde, so gunelah tepung ubi. 
  4. Masukkan bahan A, dan gaul rata. Tolong jangan penyek-penyek. Ade orang kate nanti jadi bantat. Lepastu masukkan air sikit demi sedikit. Gaul sampai adunan tadi jadi dough.Yang ni serius mencabar fizikal. Terpaksa divide kepada 3 compartment utk pastikan adunan tu sangat comel. Pheww~~ 
  5. Since da divide, senang keje utk next step. Canai nipis adunan tadi. Make sure betul-betul nipis. Nanti dah goreng kuih tu tak crunch! Then sapu rata paste (bahan B yg da digaul tadi) di atasnya. 
  6. Then, gulung kemas-kemas macam buat swissroll. Potong roll tadi ikut suke hati. Nak comel 1-1.5cm da ok la… 
  7. Canai sekali lagi roll yang dah dipotong tadi. Dan sedia utk digoreng. 
  8. Selepas goreng hingga kuning keemasan, angkat dan tos. Salut dengan gula. Ktorang gune gula pasir yang da di blend halus. Senang kan! Pastikan masa menggoreng anda tidak melayan kucing yang merayau-rayau dibelakang rumah. Nanti bukan jadi kuning keemasan tapi coklat kehitaman. Hitam manis gitu.

*nota kaki : Step 1 & 2 tu amat penting. Even kita tak tau outcome die camne tapi kualiti kebersihan makanan kena jaga. Barulah sungguh suci sungguh sedap!! Bhahaha


Ok, da bole buka bisnes cuti nih! Sape nak order angkat kaki cepat.


02 July 2011

Adik Oh Adik.


Jika anda memiliki seorang adik bongsu yang banyak helah (eh??? Ade ke orang ade adik bongsu lebih dr sorang…??? Bhahaha. Unless la twin kn.) apakah yang anda rasa??? Yang pertama mestilah sakit jiwa.Sebab ape??

Situasi 1.

SI ADIK: Nana, nana reti tak buat cerpen
KAKAK: Boleh la. Kenape??? (actually sangat pelik dengan soalan tu)
SI ADIK: Nana buat lah. Sekolah amir ade buat pertandingan buat cerpen. Nana buat taw!
KAKAK: Eh, da kenape Nana yang kena buat lak.???
SI ADIK: Ala, Nana tolong lah buat taw. Amir tak reti. Pliss…!!! (dengan gaya merayu yg da basi)
KAKAK: Tak nak!
SI ADIK : Em, cikgu Amir kate kalau tak reti buat suruhlah sape-sape tolong buatkan..
KAKAK: @#$%$%#?>


Situasi 2.
KAKAK: Amir g tido lah. Sok pagi mak kejot g skolah ko liat nak bangun.
SI ADIK: Alaa…esok Amir tak nak pergi. Kan hari sukan. Kaki Amir sakit ni, mane bole lari…
KAKAK: Eh, alasan. Kaki Nana sakit pun Nana main gak taw. Jari Nana patah pun boleh baling bola (sambil mnunjukkan 2 jari manis yg masih sakit sebab terkehel mase amik bola. Tak patah pun saje nak act lebih dgn budak kecik nih)
SI ADIK: Eh, betul lah kaki Amir sakit.
KAKAK: Mane sakit??? sini Nana urut… (abes la kaki ko aku patah2 kan. Sakit konon!)
SI ADIK: Ala nana, tak payah la. Nana letak je. Letak je taw. (sambil buat muke gedik die)
KAKAK: @#$%%?><#$^&

Situasi 3
KAKAK: Nak tengok cite Karak kena habis hafal sifir 4 & 6 dulu…(dgn nada yg begitu tegas)
SI ADIK: Betul ea???? (Membaca sifir sambil disemak oleh cikgu sifir. HEHE) ok dah.
KAKAK: Eh belum. Ulang balik sifir 4, lepas tu 6. 2 round lepas tu baru boleh tengok movie.
SI ADIK: Alaaa, satu lagi je la. Klo Amir baca lagi sekali ni da kira 2 round la Nana. Boleh ea Nana (sambil buat muke gedik merayu tu…) plisss…!!!
KAKAK: No! Cepat baca. Lambat habis lambat la boleh tengok.
SI ADIK: Yela. 1x6=6, 2x6=12, 3x6=16, 4x6=24……
KAKAK: Jap. 3x6=16??? Ulang balik!
SI ADIK: Eh, betul la Nana ni! Eeee, Klo Amir check betul siap Nana! (die da geram la tuuu…)
KAKAK: Takkan la Nana tak hafal sifir kot??? (Nada perli habes)
SI ADIK: Eh, Haah la.lupe plak Amir ni. Takkan Nana tak hafal sifir kan. (sambil membuat gaya sentap hati mak nak)
@#$%^>&*(@#


Nasib la tak ada penyakit. Budak, budak….  Tak larat dah nak layan.




01 July 2011

its so YUMMY!


Muffin Coklat in da house! Nanti kita kasi update.

26 June 2011

MASUM 2011

Netball MASUM 2011 in memories. People come and go. Hope our bond remains strong.
Makcik karipap leading!












Adoii! yg comel kenai jengket pun!

13 June 2011

Jodoh dari Allah.

Lately bila on FB je, banyak betul orang yang upload gambar kahwin. Dan kesimpulan yang boleh di buat : Ramainya kawan aku yang dah kahwin. Pelik bin Hairan. Buat aku berfikir, dah tua sangat ke aku ni. Ramai benar kawan yang kahwin. Mungkin dah sampai seru masing-masing. Seru aku je tak sampai lagi.
Anyway, that is not the point. Cuma tergerak nak mengulas satu phrase yang aku terbaca masa tengah blog walking tadi. Blogger tu tulis

“Jodoh tu di kira 50-50 antara korang dan Tuhan. Kalau korang berusaha, ada lah. Kalau tak berusaha, mana nak dapat.”

Aku totally disagree la dengan Mamat ni. Bukan ke Tuhan tu dah jadikan manusia itu berpasang-pasangan. Jadi setiap yang lahir ke muka bumi Allah tu memang dari azalinya telah ditentukan jodoh dan ajalnya. Mengapa pula perlu 50-50. Main diskaun-diskaun pula. Tuhan nak bagi yang terbaik, kita sibuk minta diskaun 50% je yang baik. Em, kalau 50-50 yang dimaksudkan tu, maksud nya jodoh tu bukanlah jodoh dari Allah, ia mungkin dari Jin atau pun dari hawa nafsu semata. Macam yang kita tengok dalam “syurga cinta” tu. .. tak gitu.  Kerana urusan jodoh itu dari Allah. Allah akan hadirkan tepat dan bila masa yang sesuai untuk kita bergelar seorang isteri/suami.

Actually seorang kawan pernah bertanya soalan ni pada aku. Tak lama juga. Ulasan aku sekadar yang termampu apa yang aku faham. Yela, aku sekolah agama pun tak habis. Nak cakap lebih-lebih tak boleh la. Cakap kena la berasas. Silap kefahaman menyimpang pula. Tak pasal nanti kate aku bawa ajaran sesat. Wallahua’lam. Yang aku pasti jodoh tu urusan Allah, kita hanya berusaha dan berdoa.

Lagi satu, sebut pasal doa. Kawan aku ni kata, dengan doa kita boleh minta Allah tukarkan jodoh kita dari si A kepada si B. Means apa yang dia fikir sama dengan apa yang mamat blogger tu tulis. Tu namanya doa orang kemaruk bercinta. “Ya Allah, Kau jadikanlah si A ni jodoh terbaik buatku” terang-terangkan kita yang minta. Sesungguhnya Allah tu malu nak menolak setiap permintaan hambaNya sebab tu dia makbulkan juga doa kita tu. Tapi bila tiada rahmah & mawaddah dalam rumahtangga tu jangan pula kita salahkan Tuhan. Kita juga yang minta. Betul tak? Sebab tu aku nasihatkan juga kawan tu. Jangan terlalu mengikut rasa. Berdoa lah kita seperti orang yang yakin dengan takdir Tuhan. Percaya pada Qada’ dan Qadarnya. Peringatan juga buat diri sendiri.

Jadi pda aku, Tuan punya blog tu patut kaji balik ayat dia yang “Jodoh tu di kira 50-50 antara korang dan Tuhan. Kalau korang berusaha, ada lah. Kalau tak berusaha, mana nak dapat.”


Em, nak kata andartu & anbutu tu tak berusaha la. Kesian la kat dorang. Mak aku pernah cakap, orang yang macam tu. Mungkin jodoh dia dah mati masa muda. Jadi orang tu pun tidak berkesempatan bertemu dengan jodoh dia. Maka jadilah dia macam tu. Wallahua’alam.

10 June 2011

BENGONG???

Boyfren : orang ni pelik la sebenarnya. Macam mane awak boleh terima orang yang BENGONG ni???
Girlfren : (terdiam sebentar…) Oh, jadi awak mengaku la awak ni “BENGONG”?
Boyfren : Pergh! Nganjing.
Girlfren : HAHAHA (Gelak jahat)
Boyfren : Eh, dah la tu. Lebih-lebih pulak gelak.
Girlfren : Ok, ok. Dah tak gelak.


Senyap. Dua-dua terdiam.. Tiba-tiba…


Girlfren : HAHAHA (Gelak slow-slow, macam cover-cover nak kentut)
Boyfren : Gelak lagi??? (dah panas la tu, PANAS kene gelak)

Kesimpulan, jangan berani-berani tanya soalan pelik-pelik pada girlfren lagi. Nanti kena gelak lagi.
Ingat, kekasih yang penyayang mempunyai akal yang sihat dan turun ke hati. Sihatkan akal girlfren??




12 May 2011

Aku lihat orang disekeliling. Tapi aku tak mampu bicara. Terkadang aku sendiri tak pasti apa yang aku fikirkan. Apa yang aku mahukan. Lemas dalam kehidupan sendiri. Fikiran kosong. Tapi seketika itu ku rasa tenang. Tenang sekali. Memuhasabah diri. Disebalik yang terjadi pasti ada asbab nya. Manakan Tuhan sengaja membiarkan aku terkapai sendiri... Aku mendongak ke langit. Melihat ciptaanNya. Betapa besar kuasaMu Ya Allah. IndahNya kadang membuat aku terleka. Kerana fitrah lahirnya aku sebagai insan yang lemah, penuh kealpaan.  



11 May 2011

I’m home. Very exhausted. Finnish my exam on 7.00pm and then rushing for my bus at 7.40pm. sampai rumah, terus masuk bilik. Kebaboom! Bilik sangat la bersepah. Benda first aku buat kemas meja study adik perempuan kesayangan nih. Lyn, sorry ye. Nana terbaca ko punya surat. Tak sengaja. Ingatkan karangan mulanya. HEHE Siap-siap kemas mane yang patot terus tertidur. Indahnya tidur. HEHE

Tuk. Tuk. Pintu bilik diketuk. Sape la kuat nyakat nih. Tak perlu kot nak ketuk-ketuk. Masuk jela. Pintu tak kunci. Malas untuk bangun. Aku meneruskan tidur. Sedar sekali lagi si kecik yg bulat, Amir dah dekat sebelah. Di tepuk-tepuk kakak dia. “takpe-takpe, Nana tidur”

Macam biasa. Petang-petang ni melayan amir.

AMIR : Nana, amir dengan lyn tak sabar nak tunggu Nana kawin.

Aku : dah kenape??? Amir tak sayang Nana ea?

AMIR : Bukanlah. Nana kawin nanti mesti lagi meriah. (aku hanya mampu mendiam kan diri. dalam hati berkata : ye je Mir, ko tak taw yang kakak ko ni nak buat kenduri makan mee goreng je. Huhu) em, Nana bila nak tunang??? Nana kan da tua…

Aku : Eh, Nana muda lagi ok. (dlm hati: kuang asam punye budak kecik)  

AMIR : Yela. Umur Nana kan da nak 24 da tua la tu.

Tet! Tukar topic.

Wahai adik, tolong jangan Tanya soalan pelik-pelik boleh. Pening kepala Nana nak jawab.

05 May 2011





The good comes from Allah, the bad comes from me myself.
I beg forgiveness from Allah and from you too for my mistakes.
Asking for forgiveness is not just for our sins, but also for our needs as well.